Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan muda bentuk sepertiga pemimpin baru masjid kelompok barat

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang muda kini menganggotai lembaga pentadbir masjid (LPM) di barat Singapura, sedang orang lama berundur untuk memberi laluan kepada darah baru.

Daripada 193 anggota LPM 16 masjid kelompok masjid barat yang dilantik semalam, sekitar 33 peratus berusia antara 25 dengan 40 tahun. Sekitar 32 peratus adalah anggota baru.

Mereka menerima surat pelantikan daripada Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, di majlis di auditorium Masjid Al-Mukminin di Jurong East semalam.

Penggal pelantikan mereka ialah tiga tahun dari 1 Ogos lalu hingga 31 Julai 2024.

Majlis semalam turut memberi penghargaan kepada 13 pemimpin masjid yang berundur, termasuk yang berkhidmat lebih 20 tahun tetapi akan terus menyumbang sebagai relawan untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada LPM baru.

Secara keseluruhan, 46 anggota LPM berhenti berkhidmat dalam penggal baru ini.

"Majlis hari ini tunggak penting dalam pembaharuan kepemimpinan dan pembangunan semula masjid kita supaya dapat tumbuh dan berkembang. Ini juga aspek penting dalam pemerintahan baik, ke arah memastikan sektor masjid kekal rancak pada jangka panjang.

"Segelintir anda memberi laluan kepada darah baru dan Muis sangat berterima kasih di atas sumbangan pemimpin masjid yang mengundurkan diri. Sumbangan anda sepanjang tahun kebelakangan sangat besar dalam menyokong pembangunan sektor masjid secara keseluruhan," kata Encik Esa dalam ucapan di majlis secara fizikal dan di alam maya itu.

Beliau menambah bahawa dalam tiga tahun akan datang, masjid kelompok barat akan memberi tumpuan pada usaha meningkatkan keupayaan anggota LPM baru.

Ini bagi memastikan adanya laluan pembaharuan kepimpinan bagi mempersiap bakal pemegang jawatan utama pada penggal akan datang.

"Kelompok masjid barat akan memanfaatkan pemimpin masjid kanan untuk membimbing pemimpin muda sebagai sebahagian daripada perancangan penggantian dan persiapan kepimpinan. Ini akan memberi peluang kepada anggota LPM yang akan bersara untuk terus menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Satu alat diagnostik lembaga nilai diri akan diperkenal untuk menyelaraskan LPM kepada tujuan bersama, memperdalam komitmen terhadap amalan terbaik dan membangunkan budaya peningkatan berterusan.

Kelompok masjid barat juga akan merintis inisiatif dari Wakaf Masyarakat Singapura dengan mengongsi sumber kewangan bagi membantu masjid terjejas oleh Covid-19 dan untuk pertumbuhan pendapatan jangka lebih panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >