Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan muda sambut Hari Vesak dengan melakukan kebaikan

May 29, 2018 | 07:37 PM



PENGANUT Buddha di seluruh dunia menyambut Hari Vesak hari ini namun bagi sekumpulan anak muda pelbagai bangsa dan agama, mereka mengambil kesempatan untuk melakukan kebaikan dan menyebarkan mesej itu menerusi Instagram.



Sejak dua minggu lalu, sekumpulan relawan merakam lebih 120 kebaikan yang telah mereka lakukan di Instagram.



Ini termasuk mengajar warga emas menggunakan telefon bijak, memungut sampah dan membantu menunjukkan arah kepada mereka yang sesat.



Sekitar 70 relawan itu merupakan Duta Belia Keharmonian Kaum daripada Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East serta relawan belia daripada pertubuhan Buddha, Shinnyo-en Singapore, menurut akhbar The Straits Times.



Mereka juga telah berkunjung ke Kuil Shinnyo-en di Eunos untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat.



Mereka turut melawat Masjid Khalid di Joo Chiat untuk membantu memasak dan membungkus bubur bagi orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >