Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KESELAMATAN SINGAPURA 2021

Golongan muda terus bentuk bilangan terbesar penagih dadah baru: MHA

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN muda di bawah usia 30 tahun terus membentuk sebahagian besar golongan penyalahguna dadah baru yang ditangkap tahun lalu, dengan Singapura menghadapi trend pengedaran dadah global yang semakin mencabar, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Menurut MHA, meskipun bilangan individu yang diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah merosot, Biro Narkotik Pusat (CNB) terus membuat rampasan dadah berskala besar.



Pandemik Covid-19 pula telah menjejas pasaran dadah sedunia dan menyebabkan perubahan dari segi cara dadah dijual, dibeli dan dihantar kepada pengirimnya.



Demikian antara laporan mengenai situasi jenayah yang didedahkan MHA dalam satu laporan tentang keadaan keselamatan di Singapura tahun lalu.



Mengenai kesalahan dadah, MHA berkata terdapat perubahan dari segi corak penyeludupan dadahte termasuk jumlah penghantaran yang lebih besar, penggunaan perkhidmatan kiriman cepat untuk menghantar dadah dan penggunaan media sosial serta aplikasi kiriman teks bagi membeli dan menjual dadah.



"Di rantau ini, kami melihat ada trend penyeludupan dadah metafetamin yang semakin meningkat yang merupakan sesuatu keprihatinan utama sebab ia adalah dadah paling sering disalahgunakan di Singapura sejak 2015," kata MHA.



CNB mendedahkan tahun lalu jumlah pesalah dadah baru yang diberkas kekal tinggi sebanyak 38 peratus, manakala jumlah pesalah dadah baru di bawah 30 tahun yang diberkas kekal di paras 62 peratus.



Disember tahun lalu CNB mendedahkan antara Januari 2019 hingga 17 September 2021, sekitar 77 pengedar dadah mengedar dadah menerusi aplikasi kiriman mesej Telegram telah ditangkap.



Malah, pada tempoh yang sama, sekitar 154 penyalahguna dadah ditangkap yang dikaitkan dengan menggunakan aplikasi tersebut, dengan 71 peratus mereka berusia di bawah 30 tahun.



Laporan terperinci lebih menyeluruh bakal dikeluarkan MHA tidak lama lagi.



Semalam, MHA juga mendedahkan beberapa perkembangan mengalakkan antaranya bilangan bekas pesalah bentan, atau yang kembali ke penjara dalam tempoh dua tahun selepas dibebaskan menunjukkan trend berkurangan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga menerima panggilan berkurangan bagi kes kebakaran.



Kes kebakaran di premis perumahan serta kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) atau basikal yang mengunakan kuasa (PAB) juga semakin berkurangan.



Bilangan pesalah imigresen serta individu yang menyembunyikan pesalah imigresen dan majikan mereka yang diberkas tahun lalu turut merosot, kata MHA.



Bilangan kes pecah masuk rumah dan kes kecurian serta kes berkaitan jenayah berkenaan kekal rendah.



Selain itu, usaha pendekatan masyarakat menerusi pergerakan SGSecure juga menunjukkan perkembangan menggalakkan.



"Terdapat peningkatan repons yang menggalakkan oleh Responder Utama Masyarakat dan Responder SGSecure terhadap insiden serangan sakit jantung dan kebakaran ringan," tambah MHA.



Rangkaian Responder pergerakan SGSecure kini merangkumi 100,000 peserta dan lebih setengah juta penduduk telah didekati untuk dilatih kemahiran penyediaan cemas semasa sesi pendekatan yang dilakukan secara maya.




SEKILAS RUMUSAN KEADAAN KESELAMATAN SINGAPURA 2021



TREND PAPAR PERUBAHAN BAIK



  • Kadar kebentanan kekal rendah dan semakin berkurangan

  • Panggilan kebakaran dan kebakaran di premis perumahan berkurangan

  • Kebakaran melibatkan PAD dan PMD berkurangan

  • Bilangan pesalah imigresen, penyembunyi dan majikan pesalah imigresen yang ditangkap berkurangan

  • Kes pecah masuk rumah dan mencuri serta kes berkaitan dengannya berkurangan

  • Bilangan penyalahguna dadah secara keseluruhan berkurangan

TREND JADI KEPRIHATINAN



  • Bilangan penyalahguna dadah baru yang ditangkap berusia bawah 30 tahun kekal tinggi

  • Keadaan dadah sedunia semakin mencabar

  • Kes penipuan e-dagang, pekerjaan, pelaburan dan pancingan data bertambah

  • Kes cabul kehormatan dan mengintai bertambah

  • Penyeludupan barang terlarang menerusi penghantaran udara dan bungkusan bertambah

  • Kes kemalangan libatkan memandu dalam keadaan mabuk, tidak patuh lampu merah dan memecut bertambah

  • Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan basikal bertambah

  • Panggilan ambulans bertambah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >