Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan usia 20-39 tahun berisiko tinggi jadi mangsa tipu

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



GOLONGAN belia dan dewasa yang bekerja serta berusia antara 20 hingga 39 tahun sebenarnya berisiko tinggi menjadi mangsa kes penipuan.



Antara lain, mereka didapati melakukan perkara berisiko secara dalam talian, kurang menimba ilmu mengenai tabiat penggunaan Internet yang baik dan tidak mendapatkan bantuan sewajarnya.



Hal tersebut berlaku sungguhpun mereka memiliki kesedaran yang tinggi terhadap kempen antipenipuan awam.



Akibatnya, mereka menanggung kesan dari segi kewangan, peribadi dan psikologi. Umpamanya mereka kehilangan wang, barang kemas, hartanah, akaun media sosial, gambar, video dan kata laluan.



Itulah sekilas dapatan Tinjauan Kebangsaan berkenaan Penyebarluasan Kes Penipuan kendalian Pusat Sains Kelakuan Home Team (HTBSC) Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Dapatan itu dibentangkan oleh ahli psikologi utama dan Penolong Pengarah Jabatan Psikologi Jenayah, Penyiasatan dan Forensik HTBSC, Cik Whistine Chai Xiau Ting, semalam.



Usaha tersebut merupakan kajian serupanya yang pertama di Singapura. Penyelidikan yang dijalankan dari Ogos 2019 hingga September 2020 itu bermatlamat mengenal pasti kumpulan demografik yang berisiko menjadi mangsa penipuan.



Laporan lanjut






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >