Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Google Flights kini boleh digunakan di Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Google Flights kini boleh digunakan di Singapura

Dec 18, 2018 | 07:00 PM

Jentera pencarian Google pada Isnin (17 Disember) melancarkan khidmat mencari tempahan penerbangan Google Flights di Singapura, membenarkan pengguna Internet di sini mencari pilihan penerbangan dengan mudah.

Seseorang pengguna hanya perlu menaip frasa seperti ‘Flights to Langkawi’ dalam ruang mencari Google atau di laman web Google Flights untuk mendapatkan maklumat seperti harga, tarikh dan panduan penerbangan.

Pengguna juga boleh membandingkan pilihan penerbangan - termasuk dari lapangan terbang berbeza - menggunakan pelbagai alat elektronik, termasuk komputer meja, tablet dan telefon bijak.


Selepas memilih tarikh berangkat dan tarikh pulang, pengguna akan ditunjukkan senarai penerbangan terbaik.

Sebelum membuat keputusan, pengguna boleh membaca panduan tentang cara memilih penerbangan yang memberikan harga terbaik.

Pengguna yang ingin menanti sehingga harga lebih baik ditawarkan bagi sesuatu penerbangan, boleh memilih untuk mendapatkan makluman e-mel, selaras dengan sebarang perubahan harga.

Mereka yang masih belum memutuskan destinasi percutian boleh juga meminta Google Flights mencadangkan destinasi tertentu, berdasarkan tempoh percutian mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3