Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Google lancar 5,000 biasiswa bernilai $3j bagi kursus kemahiran digital

DPM Heng: Peluang kerjaya bidang teknologi terbuka bagi karyawan pertengahan usia
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang tersedia dalam bidang teknologi bagi karyawan pertengahan kerjaya yang ingin keluar dari zon selesa mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat semalam.



Beliau bercakap semasa pelancaran program biasiswa oleh syarikat gergasi teknologi, Google bagi membantu 5,000 lagi warga Singapura memperolehi kemahiran digital yang sangat diperlukan melalui kursus Sijil Kerjaya Google.



Meskipun beberapa industri dan pekerjaan akan terganggu di tengah-tengah peralihan kepada pendigitalan yang didorong oleh Covid-19 bagi mengurangkan hubungan fizikal, sektor dan pekerjaan baru akan muncul, kata Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



"Saya percaya bahawa dalam jangka panjang, kemajuan dalam teknologi akan mewujudkan pekerjaan yang lebih banyak dan baik untuk pekerja kami," tambah beliau.



Kursus di bawah program biasiswa itu akan diadakan dalam talian oleh penyedia kursus Coursera dan akan dibangunkan oleh pakar Google.



Setiap kursus biasanya mengambil masa antara tiga dan enam bulan.



Pelajar akan terima Sijil Kerjaya Google setelah selesai kursus itu.



Biasiswa itu akan meliputi kursus dalam empat bidang: sokongan teknologi maklumat, pengurusan projek, analisis data dan reka bentuk pengalaman pengguna.



Presiden Google bagi Asia Pasifik, Encik Scott Beaumont, dalam ucapan pembukaannya di ibu pejabat Asia-Pasifik Google di Mapletree Business City, semalam berkata:



"Jika anda melihat Singapura hari ini, terdapat peluang pekerjaan yang tersedia dalam empat bidang utama ini yang melebihi bilangan orang yang layak untuk memegang jawatan ini".



Biasiswa itu - bernilai hampir $3 juta - akan menampung yuran kursan Coursera selama setahun bagi 5,000 pelajar.



Biasiswa ini membentuk laluan ketiga program peningkatan kemahiran Skills Ignition SG syarikat itu, yang dilancarkan pada Julai 2020 dengan sokongan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan SkillsFuture Singapore.



Sebelum ini, pelajar hanya boleh memilih antara program latihan vokasional enam bulan dengan kurikulum teori yang lebih mendalam dan program 'Latih dan Tempatkan (Train and Place) dengan tiga bulan latihan vokasional diikuti enam bulan latihan sambil bekerja.



Pelajar dalam kedua-dua program itu juga telah diberikan gaji.



Dengan lebih 3,200 orang telah mendaftarkan program latihan itu, Google akan mengembangkan sasarannya kepada 3,800 orang bagi kedua-dua laluan itu, meningkat daripada 3,000 orang pada asalnya, tambah Encik Beaumont.



Pengarah Google bagi Singapura, Encik Ben King memberitahu The Straits Times (ST) bahawa laluan biasiswa itu membolehkan pengembangan program yang lebih pantas, memberikan fleksibiliti kepada mereka dalam tenaga kerja yang ingin meningkatkan kemahiran dalam masa mereka sendiri, dan merangkumi topik yang tidak dilalui oleh program laluan lain seperti reka bentuk pengalaman pengguna.



"(Laluan) disesuaikan bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman atau ijazah terdahulu," tambah beliau.




"Saya percaya bahawa dalam jangka panjang, kemajuan dalam teknologi akan mewujudkan pekerjaan yang lebih banyak dan baik untuk pekerja kami."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >