Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Goyang dangdut melenggok bahasa

Mar 24, 2019 | 05:30 AM



DAHULU, beliau malu memberitahu orang lain tentang genre muzik pilihannya sebagai penyanyi.



Namun, setelah diberi rangsangan oleh penganjur acara Merdu 2019, Cik Nur 'Faezah Ahmad, 30 tahun, berbesar hati dapat menjadi bak "wakil dangdut" di wadah yang menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan belia itu.



Dengan semangat baru itu, beliau dan kumpulannya, Musim, mahu menunjukkan "sisi dangdut yang lain".



Musim terdiri daripada empat anak muda - Cik 'Faezah, Encik Muhd Rabbani Raemee, 21 tahun; Cik Nur Ermilia Jamalludin, 24 tahun; dan Encik Ahmad Sufyan Amran, 23 tahun.



"Saya terharu mereka (jawatankuasa penganjur Merdu 2019) menggalakkan saya teruskan dengan genre ini.



"Kami mahu tunjukkan kepada orang ramai sisi dangdut yang lain, bukan macam dangdut Pak Maun yang biasa kita kenali," ujar Cik 'Faezah, eksekutif pentadbiran dalam industri perbankan.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata dangdut komersial banyak didengar kini seperti yang dinyanyikan Mas Idayu dan Amelina, tetapi jarang yang mendengar dangdut lebih perlahan rentaknya bak balada yang lambat seperti yang dinyanyikan Rhoma Irama.



Selain berpeluang mengetengahkan genre muzik sebegitu, penyertaan kumpulan Musim dalam Merdu 2019 juga menyediakan platform kepada mereka bekerjasama dengan anak muda lain.



Pemain cajon serta vokalis kumpulan tersebut, Encik Rabbani, berkata melalui kerjasama inilah wujud proses kreatif yang menghasilkan idea-idea baru.



"Pada saya, Merdu juga merupakan peluang bagi remaja di sini mendakap bahasa Melayu termasuk dari segi menulis lagu.



"Saya rasa ada banyak bakat di luar sana cuma mereka kurang pendedahan," jelas pelajar tahun ketiga Politeknik Ngee Ann dalam jurusan Elektronik Aeroangkasa itu.



Musim bukan sahaja dapat merakamkan sebuah lagu asli ciptaan mereka dengan penerbit Leo Productions, mereka juga mempersembahkan lagu itu semasa konsert yang diadakan pada 1 Mac lalu di Studio Annexe Esplanade.



Konsert itu merupakan acara kemuncak Merdu 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >