Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GP, penyedia khidmat kesihatan tangani lebih ramai pesakit

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



KLINIK doktor awam (GP) dan penyedia khidmat perubatan swasta yang menjalankan ujian swab menyaksikan lonjakan dalam jumlah pesakit, sedang jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura terus meningkat sejak kebelakangan ini.



Pesakit-pesakit tersebut termasuk mereka yang disahkan positif melalui ujian rapid antigen (ART) yang dilakukan sendiri, pesakit yang demam atau mengalami gejala jangkitan pernafasan akut ringan, dan juga mereka yang telah diberikan amaran risiko kesihatan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kerana mungkin terdedah kepada risiko jangkitan.



Sejak sebulan lalu, Klinik Keluarga Crossroads di Tampines telah melihat jumlah pesakit yang datang semakin meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding sebelum itu, menurut pengarah klinik dan doktor keluarga, Dr Quah Soon Wee.



Tambahnya, terdapat peningkatan pada jumlah kes positif yang dikesan klinik tersebut sejak seminggu lalu, konsisten dengan jumlah kes keseluruhan yang meningkat dalam masyarakat.



Klinik GP Healthway Medical Group pula mendapati jumlah pesakit yang telah menerima amaran risiko kesihatan dari MOH terus meningkat, kata ketua penjagaan utamanya, Dr John Cheng.



Klinik Northeast Medical Group pula menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah pesakit yang demam atau mengalami jangkitan pernafasan sejak tempoh dua minggu lalu, kata ketua eksekutifnya, Dr Tan Teck Jack.



Peningkatan jumlah pesakit itu dilaporkan sedang kes masyarakat melonjak kepada lebih 1,000 kes Sabtu dan Ahad lalu sebelum turun sedikit kepada 910 kes kelmarin.



Sejak 9 September di mana sebanyak 450 kes masyarakat dilaporkan, jumlah jangkitan terus melonjak.



Sebelum ini, MOH menggesa pesakit yang mengalami gejala jangkitan pernafasan akut ringan untuk tidak mendapatkan rawatan di hospital dan pergi ke klinik yang boleh menjalankan ujian swab.



Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata menerusi pos di Facebook Ahad lalu jabatan kecemasan hospital dan wad awam agak tertekan.



Untuk menangani masalah tersebut dan menghindarkan dari kesesakan di klinik, doktor-doktor menggesa pesakit yang perlu menjalani ujian swab untuk menghubungi klinik yang ingin dikunjungi terlebih dahulu.



Kata Dr Quah: "Nasihat saya adalah: Jika anggota keluarga anda disahkan menghidap Covid-19 dan anda mengalami gejala, atau ujian ART anda positif, langkah yang bertanggungjawab adalah untuk menghubungi klinik tersebut terlebih dahulu supaya klinik tersebut boleh memberitahu waktu yang terbaik untuk anda ke sana, apabila tiada pesakit lain atau jumlah pesakit di klinik kurang."



Menurut doktor, untuk mengelakkan sebarang jangkitan di klinik, pesakit yang disahkan positif melalui ART yang dilakukan sendiri akan diutamakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >