Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Grab akan gajikan lagi 350 pekerja

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI kereta sewa privet Grab akan menggajikan sekitar 350 pekerja lagi di Singapura tahun ini untuk membolehkannya menyediakan khidmat kewangan di Asia Tenggara.



Pekerja baru itu juga dijangka membangun perniagaan perbankan digitalnya dan menyokong perusahaan mikro dalam transformasi digital mereka.



Grab sedang mencari mereka yang mempunyai kemahiran dalam kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, sains data, kejuruteraan sofwe, serta desain dan pengurusan projek.



Mereka dijangka terlibat dalam projek untuk memperbaiki kemampuan peniaga menawarkan produk lebih baik dan yang disesuaikan bagi pelanggan mereka.



Pekerja-pekerja itu juga akan memperbaiki pengalaman pengguna aplikasi mudah alih GrabMerchant, yang membantu syarikat mengoptimumkan operasi mereka, mengurus penjualan serta menangani pesanan dan penghantaran makanan dan kedai.



Grab, yang berpangkalan di Singapura, tidak berkongsi bilangan jawatan yang diperuntuk bagi warga Singapura, namun jurucakapnya berkata: "Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menarik dan mempertimbangkan warga Singapura bagi jawatan berdasarkan merit."



Rancangan Grab itu diumumkan semalam semasa memorandum perjanjian niat (MOI) dimeterai antara Grab, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Industri Digital Singapura (DISG).



DISG merupakan pejabat bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore (ESG), dan IMDA yang mendekati sektor teknologi.



Di bawah MOI tersebut, Grab akan menyokong ekosistem teknologi Singapura menerusi pembangunan bakat teknologi syarikat dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini.



Syarikat itu akan bekerjasama dengan IMDA dan DISG untuk mengembangkan produk terasnya dan keupayaan pasukan kejuruteraan menerusi inisiatif pembangunan bakat seperti TechSkills Accelerator IMDA, iaitu program latihan yang diterajui syarikat.



Di samping peranan dalam teknologi, 350 pekerja baru Grab di Singapura itu turut berkecimpung dalam bidang lain seperti kewangan, operasi, perundangan, urusan awam dan pembangunan perniagaan.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, yang hadir bagi acara penandatanganan itu berkata kerjasama bersama syarikat seperti Grab bukan sahaja tentang apa yang boleh dilakukan di Singapura, tetapi ia memberi akses kepada peluang di Asia Tenggara dan melebihi itu.



Penyelidikan dan pembangunan, menurutnya, menghasilkan huraian yang boleh digunakan dalam pasaran berbeza.



"Ia juga benar bagi peluang pekerjaan kerana untuk warga Singapura, ia bukan sahaja bermaksud menjalankan tanggungjawab atau fungsi bagi pasaran tempatan, tetapi sebenarnya dapat menyertai peluang serantau lebih besar yang sedang timbul dengan cepat," ujarnya.



Pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi-Ling berkata walaupun dengan cabaran Covid-19, industri teknologi terus menjanjikan peluang baru dan yang diperbaharui bagi pekerja berbakat.



"Kami sedang membina produk-produk yang memberi kesan positif kepada jutaan orang serata Asia Tenggara dan kami mahu terus memperdalam keupayaan R&D dan terus beinovasi di sini, di pangkalan strategik kami," katanya.




KES COVID-19 DI SG, 25 FEB



KES BARU: 10



DALAM MASYARAKAT: 2



IMPORT: 8



DI DORMITORI: 0



JUMLAH KEMATIAN: 29



JUMLAH KESELURUHAN: 59,900



(Hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >