Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Grab akan naikkan tambang $1 mulai bulan depan

May 26, 2021 | 05:30 AM



FIRMA kereta sewa privet Grab akan menaikkan tambangnya sebanyak $1 mulai bulan depan untuk meningkatkan pendapatan pemandu di tengah-tengah kos penyelenggaraan dan minyak yang meningkat, katanya.



Dengan jumlah penumpang teksi dan kereta sewa privet berada pada 55 peratus berbanding sebelum pandemik ini disebabkan langkah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), Grab berkata ia tidak akan mengambil komisen bagi tambahan sedolar itu dari 1 Jun hingga 30 Jun.



Ini bermakna pemandu akan mendapat tambahan $1 bagi setiap perjalanan yang diselesaikan mereka bersama Grab buat sebulan.



Untuk membantu penumpang menyesuaikan diri kepada tambang baru dan membiayai kos tambahan, Grab berkata ia akan menawarkan baucar $1 bagi perjalanan semasa waktu sibuk dari 1 Jun hingga 14 Jun, lapor akhbar The Straits Times.



Setiap penumpang Grab akan mendapat dua baucar dalam sehari, dan boleh menggunakannya dari Isnin hingga Jumaat antara 7 pagi dengan 9 pagi, dan 5 petang hingga 7 malam serta pada hujung minggu dari 11 pagi hingga 6 petang.



Terdapat had ke atas jumlah keseluruhan baucar yang boleh digunakan dalam sehari.



Grab berkata dengan peningkatan tambang ini dan langkah sokongannya yang lain, seorang pemandu secara purata boleh mendapat balik 50 peratus pendapatannya yang hilang disebabkan sekatan Covid-19 kini.



Ini tidak termasuk sebarang pendapatan tambahan daripada penghantaran.



Ini merupakan kali pertama firma itu menaikkan tambang asasnya sejak 2017.



Kenaikan itu adalah untuk semua khidmat pengangkutan Grab kecuali khidmat Standard Taxi, GrabHitch serta GrabCoach, kata pengarah urusan pengangkutan Grab Singapore, Encik Andrew Chan, dalam satu mesej kepada pemandu semalam.



Grab mula mengenakan yuran wadah sebanyak 30 sen bagi perjalanan yang ditempah menerusinya pada Disember tahun lalu.



Ini setelah Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) menarik sekatan ke atasnya pada November.



Grab berkata kenaikan tambang terkini itu menyusuli perbincangan mendalam bersama rakan tiga pihak dan pemandunya yang memberi maklum balas bahawa tambangnya tidak seimbang dengan kos menyediakan khidmat pengangkutan di wadah firma itu.



Selain kenaikan tambang, Grab juga melancarkan pelbagai langkah sokongan untuk pemandu bagi membantu mereka dengan sekatan yang diperketat kini.



Ini termasuk insentif tambahan bagi pemandu Grab yang menyelesaikan kerja penghantaran di kawasan tertentu yang mempunyai permintaan yang tinggi dan rebat tunai nilai tetap berdasarkan jumlah keseluruhan kerja pengangkutan dan penghantaran yang diselesaikan pemandu pada masa yang sudah ditentukan.



Pemandu layak yang menyewa kenderaan mereka dari Grab juga kini menerima rebat sewa sehingga $45 dalam seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >