Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab: Aturan baru tepat pada masanya

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



GRAB sebelum ini mengumumkan bahawa ia adalah tepat pada masanya untuk mengurangkan tempoh menunggu penumpang bagi pemandu selain tempoh bagi membatalkan tempahan.



Ini kerana 94 peratus penumpang sudah berada di lokasi naik kenderaan dalam tempoh tiga minit setelah pemandu tiba.



Syarikat teknologi itu berkata langkah itu juga bagi membantu pemandunya menyesuaikan diri dengan trend permintaan baru agar mereka menghabiskan masa mereka di jalanan secara produktif sedang Singapura melonggarkan kebanyakan sekatan pandemik.



Sejak 18 Julai lalu, Grab telah memotong tempoh bagi menunggu dari lima minit kepada tiga minit, dan setiap kali seseorang pemandu menuggu penumpangnya melebihi tiga minit, penalti $3 akan dikenakan kepada pengguna.



Grab juga telah mengurangkan tempoh pembatalan daripada lima minit kepada tiga minit bagi penumpang selepas mereka menerima tempahan.



Mereka terus dikenakan bayaran $4 apabila berbuat demikian.



Langkah berkenaan dikenakan bagi perkhidmatan JustGrab, GrabCar, GrabCar Plus, GrabCar Premium, GrabPet dan GrabFamily.



Grab juga berkata langkah itu membantu mengurangkan pembaziran minyak jikalau pemandu diperlukan menunggu buat tempoh yang berpanjangan - yang merupakan sesuatu yang menjejas pemandu Grab kerana kos minyak yang semakin meningkat.



Grab juga sedang mengemas kini aplikasinya agar pemandu hanya boleh meletakkan diri mereka sebagai sudah sampai di tempat mengambil penumpang hanya setelah mereka sampai di lokasi tersebut. atau berhampiran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >