SYARIKAT Grab kini berganding bahu dengan Akademi Teksi Singapura (STA) bagi membantu semua pemandu meraih pendapatan sebagai pemandu berlesen.
Menurut satu kenyataan semalam, Grab dan STA telah melancarkan ExpressOne, sebuah program baru khusus bagi memberi pemandu sokongan yang diperlukan bagi mendapatkan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) agar mereka dapat menawarkan khidmat kereta sewa privet sebagai pemandu.