Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab lancar GrabShuttle khusus untuk pelajar dan kakitangan sekolah

Apr 21, 2018 | 05:30 AM



SYARIKAT Grab menawarkan khidmat baru khusus untuk para pelajar dan kakitangan sekolah.



Diberi nama GrabShuttle, ia meluaskan rangkaian perkhidmatannya kepada semua murid dari sekolah rendah, menengah dan posmenengah serta kakitangan sekolah di Singapura agar mereka dapat ke sekolah dengan lebih cepat



Syarikat itu dalam kenyataannya semalam berkata ia menyediakan khidmat dengan menawarkan masa perjalanan lebih singkat berbanding masa yang diambil dengan menaiki pengangkutan awam.



Ketua GrabShuttle Singapura, Encik Alvin Wee, berkata sejak pihaknya melancarkan GrabShuttle lebih setahun lalu, mereka menerima permintaan dari ibu bapa dan guru-guru untuk pergi dan pulang sekolah, serta khidmat yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka.



"Hari ini, lanjutan dalam bentuk 'GrabShuttle untuk Sekolah' menyediakan khidmat pengangkutan yang selamat dan mudah untuk mereka yang ingin ke sekolah selain memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin anak mereka tiba di sekolah secepatnya."



Melalui khidmat tersebut, para pengguna boleh menentukan laluan perjalanan mereka dengan membuat permohonan di laman GrabShuttle.



Mereka yang berminat untuk menggunakan khidmat itu perlu membuat permohonan dengan mengisi borang di laman 'GrabShuttle for School'.



Laluan itu hanya akan diaktifkan apabila GrabShuttle menerima permohonan serupa.



Ibu bapa juga boleh menjejaki anak-anak mereka dalam masa nyata melalui aplikasi GrabShuttle, dan menghubungi pemandu secara langsung jika perlu.



Kos melanggani khidmat ini berharga serendah $130 sebulan untuk perjalanan sehala dan ia akan mengikut jadual bayaran selama sembilan bulan.



Selain menggunakan kenderaan GrabShuttle yang mempunyai 13 dan 23 tempat duduk, para penumpang juga boleh memilih teksi biasa. Pilihan ini akan mempunyai jumlah perhentian lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >