Grab, Mendaki Sense ganding bahu tingkat kemahiran pemandu
Grab sasar sekitar 500 pemandu jalani latihan
Jul 06, 2019 | 05:30 AM
MENDAKI Sense dan syarikat khidmat sewa kereta privet Grab sedang bekerjasama untuk menyediakan kumpulan pemandu Grab peluang mempertingkatkan diri menerusi khidmat penyelarasan pekerjaan Sense.
Kerjasama itu juga menandakan sokongan kededua pihak kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan di bawah naungan Sense untuk menjadi rakan pemandu Grab menerusi program latihan sedia ada.