Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab, nuTonomy perpadu uji kereta tanpa pemandu, percuma bagi pengguna

Sep 23, 2016 | 11:26 AM



SYARIKAT permulaan nuTonomy mengumumkan pada Jumaat (23 Sept) ia akan bekerjasama dengan syarikat khidmat sewa privet Grab untuk projek uji cuba kereta tanpa pemandunya yang bermula bulan lalu (Ogos).



Selama dua bulan, kumpulan terpilih dalam kalangan pengguna Grab boleh menempah kereta tanpa pemandu nuTonomy secara percuma menggunakan sebuah ikon 'robo-car' khas pada aplikasi mereka.



Pengguna, yang mesti berumur lebih 18 tahun, boleh mendaftar untuk uji cuba itu mulai Jumaat dan perlu menandatangani pelepasan liabiliti.



Mereka boleh menempah perjalanan ke kawasan dalam daerah perniagaan one-north, tempat nuTonomy menjalankan ujian ke atas kenderaannya sejak April, serta kawasan perumahan berdekatan.



Setiap kereta akan mempunyai seorang jurutera sokongan dan seorang pemandu keselamatan, yang akan mengambil alih kawalan kenderaan itu di luar daerah one-north, yang ditetapkan oleh Pemerintah sebagai kawasan ujian bagi kenderaan tanpa pemandu.



Uji cuba itu bertujuan mengumpul maklumat mengenai meningkatkan keselesaan, prestasi dan keselamatan kenderaan pandu sendiri nuTonomy, dan juga teknologi penghalaan dan pemetaan Grab bagi kenderaan sedemikian.



Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Encik Yeoh Keat Chuan, berkata kerjasama antara nuTonomy dan Grab "akan menyumbang kepada pembangunan dan penggunaan teknologi pandu sendiri di sini".



EDB melabur dalam nuTonomy, yang berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memperluas skop uji cuba dengan Grab pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >