Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab sasar pendanaan lagi $2 bilion tahun ini

Apr 08, 2019 | 06:30 PM



GRAB menetap matlamat mengumpulkan lagi AS$2 bilion ($2.71 bilion) tahun ini, kata ketua eksekutifnya, hanya beberapa minggu selepas syarikat itu mengumumkan pendanaan lebih AS$4.5 bilion.

Perkembangan itu bermakna Grab menerima pendanaan privet terbesar di Asia Tenggara.

“Kami menjangka mengumpulkan AS$6.5 bilion dalam bentuk modal keseluruhan tahun ini,” kata ketua eksekutif Grab Encik Anthony Tan, dalam satu wawancara pada Isnin (8 April), lapor The Straits Times.

Tambah Encik Tan, Grab telah menyusun strategi untuk menjadi aplikasi (app) bagi semua perkhidmatan  yang digunakan di Asia Tenggara, yang mempunyai sekitar 650 juta penduduk.

Dalam kenyataannya menyusuliwawancara  itu, Grab berkata ia menjangka melaburkan sebahagian penting pendanaan itu di Indonesia.

Matlamat pendanaan terbaru itu pertama kali dilaporkan oleh Reuters.

“Pada asasnya, kami menerima sokongan yang penuh keyakinan pada kami... dan Masa berkongsi bahawa SoftBank amat gembira dengan Grab dan SoftBank akan menyediakan sokongan tanpa had untuk menyokong pertumbuhan kami,” kata Encik Tan,  merujuk kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SoftBank Group Corp Encik Masayoshi Son.

SoftBank belum lagi memberi komen, apabila akhbar ini dicetak.

Pendanaan itu akan dikumpulkan daripada pelabur strategik dan merangkumi  campuran hutang dan ekuiti, kata Encik Tan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >