Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Grab umum 7 hari sebelum laksana masa tunggu lebih pendek: Iswaran

Aug 03, 2022 | 04:48 PM

LANGKAH Grab memendekkan tempoh menunggu dan pembatalan sebelum mengenakan bayaran penalti diumumkan tujuh hari sebelum pelaksanaan, seperti yang diperlukan, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

Tambahnya, pemerintah tidak campur tangan dalam penetapan tambang tetapi menghendaki pengendali pengangkutan dari tempat ke tempat (P2P) menyatakan dan menyiarkan semua tambang dengan jelas, termasuk sebarang bayaran tambahan yang akan dikenakan.

Pengendali tempahan kereta berlesen juga mesti memberi notis mencukupi kepada penumpang dengan mengumumkan sebarang perubahan dalam skim dan bayaran kepada orang ramai sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pelaksanaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) mengenai peraturan bagi perubahan kepada syarat yang dihadapi pengguna oleh wadah tempahan kereta utama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3