Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab umum rancangan ceburi perniagaan peta digital

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



GRAB mengumumkan rancangan untuk memasuki perniagaan peta digital, menawarkan perniagaan lain akses kepada pemetaan GrabMaps dan teknologi lokasinya.



Perkhidmatan ini dianggap sebagai pesaing kepada huraian pemetaan perusahaan lain, seperti Platform Peta Google dan Peta Bing untuk Perusahaan.



Ia juga mendakwa menyediakan khidmat lebih baik dengan menawarkan laluan 'hiperlokal' yang turut menggunakan lorong belakang dan jalan kecil yang terdapat di bandar-bandar Asia Tenggara.



Grab menyasarkan untuk mendapatkan sebahagian daripada peluang pasaran tahunan AS$1 bilion (S$1.37 bilion) untuk perkhidmatan pemetaan di Asia Tenggara.



Teknologi itu kali pertama dibangunkan bagi kegunaan platform pengangkutan dan penghantaran Grab, dan digunakan di tujuh daripada lapan negara di mana Grab beroperasi, iaitu Singapura, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.



Teknologi ini membolehkan Grab memadankan pemandu atau penghantar kepada pelanggan, mengira anggaran masa perjalanan, dan merancang serta mengoptimumkan laluan.



Grab berkata sistem GrabMapsnya kini mengendalikan lebih 800 bilion permintaan sebulan merentas semua perkhidmatannya, lapor The Straits Times.



Perkhidmatannya akan dikuasakan sepenuhnya oleh GrabMaps menjelang suku ketiga tahun ini.



Pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi Ling berkata:



"Perkhidmatan pemetaan pihak ketiga yang kami harapkan tidak mempunyai lorong kecil yang sering digunakan di Asia Tenggara, atau mereka tidak mempunyai tempat pengambilan dan penghantaran yang tepat di pusat beli-belah besar di Asia Tenggara."



Mengemas kini peta pihak ketiga dengan maklumat yang betul selalunya akan mengambil masa berbulan-bulan, tambahnya.



"Oleh kerana kami tidak mendapatkan kualiti perkhidmatan yang layak diterima oleh pengguna dan rakan kongsi kami, kami memutuskan sudah tiba masanya untuk kami membina dan melabur sendiri di dalamnya," tambah beliau.



Sasaran pelanggan Grab termasuk platform teknologi Asia Tenggara, syarikat telekomunikasi, syarikat logistik, platform e-dagang dan agensi pemerintah.



GrabMaps telah dilancarkan dengan dua perkhidmatan sebagai permulaan.



Pertama, ia membenarkan syarikat melesenkan penggunaan data peta asas Grab, membenarkan akses kepada tempat, jalan raya, lalu lintas dan imej jalanan 360 darjah.



Kedua, ia menawarkan akses kepada alat pembuatan peta seperti kamera pembuatan petanya, KartaCam, yang kini sedang dirintis oleh syarikat rakan kongsi di Paris, Joannesburg, Dubai dan Seattle.



Grab menganggarkan alat KartaCamnya adalah 10 kali lebih murah daripada alternatif di pasaran, sambil menawarkan kualiti yang sama.



Grab akan melancarkan interface pengaturcaraan aplikasi untuk membolehkan pembangun mencipta aplikasi yang menggunakan GrabMaps menjelang suku ketiga tahun ini.



Ia juga akan melancarkan kit pembangunan sofwe mudah alih bagi iOS dan Android tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >