Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grace Fu: Ketua agama perlu bimbing pengikut tepis berita palsu

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



KETUA agama di Singapura mempunyai peranan penting dalam membimbing pengikut mereka untuk menafsir dan menjelaskan khabar angin, mitos dan salah anggapan tentang agama dan ehwal semasa satu sama lain.



Demikian menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, semasa berucap di majlis makan malam amal Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Fullerton Hotel, semalam.



Cik Fu menekankan bahawa masyarakat Singapura perlu bersedia menonjol dan menepis berita palsu yang mengapi-apikan diskriminasi, komen berbaur kebencian dan keganasan agama.



Ini lebih-lebih dengan penggunaan media sosial yang lebih meluas.



Dalam hal ini, Cik Fu melahirkan rasa gembira terhadap rancangan IRO melaksanakan kempen komunikasi digital tahun depan bagi memperkukuh perbincangan nasional mengenai keharmonian antara kaum.



"Media sosial telah memberi kita saluran yang hebat membina hubungan tetapi ia juga mempunyai kuasa hebat memupuk perbalahan, menanam rasa benci dan bahaya.



"Ada individu yang berjaya menggunakan bangsa dan agama untuk mewujudkan ketegangan dengan sengaja menyebarkan kepalsuan dalam talian," jelas beliau.



Satu contoh bagaimana berita palsu menjadi masalah serius dan berpotensi menimbulkan keganasan, Cik Fu menyebut mengenai satu kumpulan Facebook dikenali sebagai Heart of Texas yang menggesa setengah juta pengikutnya agar menyertai bantahan terhadap sebuah pusat Muslim di Houston.



"Dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura, kita harus lebih bijak menilai.



"Kuasa lebih besar dan pihak bukan pemerintah dalam Singapura mahupun luar negara dengan mudah boleh menggunakan ruang dalam talian untuk mengeksploitasikan isu agama demi tujuan politik atau ideologi mereka sendiri.



"Justeru, para ketua agama kita mempunyai peranan penting dalam membimbing pengikut mereka untuk menafsir dan menjelaskan khabar angin, mitos dan salah anggapan tentang agama dan hal ehwal semasa satu sama lain.



"Kita harus bersedia menonjol dan menepis berita palsu yang mengapi-apikan diskriminasi, komen berbaur kebencian dan keganasan agama," tekan beliau.



Menurut Cik Fu, ini memerlukan para pengikut berlainan agama untuk membina asas kukuh dalam rasa kepercayaan dan persahabatan di tengah-tengah masa aman - menerusi muhibah dan komunikasi terbuka.



Dalam pada itu, sementara kebanyakan pertubuhan agama membuat sumbangan penting terhadap usaha menolong warga susah dan menggalak nilai moral, Cik Fu menggalak lebih banyak kerjasama antara pengikut pelbagai agama bagi mempromosikan pemahaman dan kepercayaan antara agama.



"Para ketua agama setempat telah memikul tanggung jawab itu untuk mempromosikan keharmonian agama dengan memperkukuhkan kerjasama di antara kumpulan agama yang berbeza," ujar Cik Fu.



Tambahnya, menjangkaui IRO, para ketua agama dan pengikut juga boleh melakukan lebih banyak usaha memulakan projek sosial bersama seperti mendekati keluarga memerlukan bersama kumpulan berbeza agama.




"Media sosial telah memberi kita saluran yang hebat membina hubungan tetapi ia juga mempunyai kuasa hebat memupuk perbalahan, menanam rasa benci dan bahaya. Ada individu yang berjaya menggunakan bangsa dan agama untuk mewujudkan ketegangan dengan sengaja menyebarkan kepalsuan dalam talian."
- Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >