Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Grace Fu: Pelan Hijau S'pura 2030 akan diperkenal

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



SATU Pelan Hijau baru akan diperkenalkan bagi memajukan agenda kemampanan di Singapura, umum Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di parlimen semalam.



Dikenali sebagai Pelan Hijau Singapura 2030, gerakan seluruh negara itu melibatkan usaha berbilang kementerian dan akan menjadi keutamaan dasar utama pemerintah.



Menjelaskan, Cik Fu berkata di bawah Pelan Hijau itu, agensi akan menetapkan sasaran berwawasan dan konkrit berdasarkan setiap sektor, selain memajukan apa yang telah dicapai sebelum ini.



"Kami mahu mengajak dan bekerjasama dengan kesemua rakan kongsi warga, sektor swasta dan awam (3P) dengan mengutarakan keutamaan dan matlamat kita.



"Kita juga akan mewujudkan ruang bagi masyarakat untuk turut serta dan melakukan lebih banyak bersama," katanya.



Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap gesaan para anggota parlimen (AP) agar pemerintah memperkukuh usaha untuk mengurangkan dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim selain mendakap kemampanan dalam pembangunan Singapura, dengan kerjasama sektor swasta, dan warga.



Hampir 20 AP telah membahaskan usul untuk mempercepat dan memperkukuh usaha terhadap perubahan iklim. Malah, Menteri Kanan Teo Chee Hean juga menyertai perbahasan untuk bercakap mengenai cukai karbon dan cara ia dilaksanakan di sini.



Memulakan perbahasan usulan, Encik Louis Ng (GRC Nee Soon), yang mewakili Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Kemampanan dan Sekitaran, menyambut baik usaha yang telah dijalankan pemerintah sejauh ini tetapi berkata, banyak lagi yang boleh dilakukan.



Antara saranan yang diusulkan menyusuli sesi perundingan ialah kemampanan menjadi tiang utama dalam kurikulum pendidikan.



Cik Fu berkata lebih banyak perincian akan didedahkan dalam beberapa minggu mendatang.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, akan juga menyentuh tentang agenda kemampanan ini semasa perbahasan Belanjawan, kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >