Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grace Fu: Pemerintah akan perkukuh keupayaan ramalan cuaca

Rancang kegiatan berdasarkan ramalan cuaca berikutan keadaan cuaca tidak menentu
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



DENGAN perubahan iklim yang dijangka menjadikan cuaca lebih tidak menentu, orang ramai harus kerap memeriksa ramalan cuaca dan membuat penyesuaian terhadap kegiatan mereka, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



"Sedang perubahan iklim menyebabkan hujan yang lebih lebat, kita tidak dapat mencegah sepenuhnya banjir kilat daripada berlaku," katanya semalam.



"Sejak sekian lama, warga Singapura sudah terbiasa dengan cuaca kita, kerana kita berpendapat cuaca di sini tidak banyak berubah.



"Tetapi kita harus memupuk kebiasaan untuk memeriksa ramalan cuaca. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk bersiap sedia sebagai sebuah penduduk," ujar Cik Fu.



Beliau berkata demikian dalam satu webinar mengenai implikasi terhadap Singapura setelah laporan Panel Silang Pemerintah bagi Perubahan Iklim (IPCC) dikeluarkan awal Ogos.



Dalam laporan IPCC itu, para saintis telah memberi amaran bahawa dunia mungkin menghadapi cuaca yang lebih ekstrem dan kesan buruk lain daripada perubahan iklim jika pengeluaran global tidak mencapai sifar bersih menjelang 2050.



Singapura tidak akan terlepas daripada tempias pemanasan bumi, dengan negara ini mungkin mengalami suhu yang lebih tinggi dan peristiwa berkaitan paras air laut yang ekstrem.



Cik Fu berkata: "Kami akan meningkatkan kesediaan bagi kejadian cuaca ekstrem, menggalakkan penduduk untuk memeriksa nasihat dan amaran cuaca, serta menyesuaikan kehidupan seharian kita sebagai respons terhadap ramalan cuaca".



'Daya tahan masyarakat' ini, katanya, ialah satu cara bagi Singapura untuk memberi respons kepada perubahan iklim, sedang negara ini juga melakukan usaha lain untuk mengurangkan jejak karbonnya dan menyesuaikan diri kepada perubahan iklim.



Pemerintah juga akan memainkan peranannya, kata Cik Fu, dengan memperkukuh keupayaan ramalan cuaca dan meningkatkan usaha pendidikan dan pendekatan masyarakat.



"Contohnya, menjelang musim hujan lebat monsun, agensi air nasional PUB akan terus bekerjasama dengan pemilik bangunan dan penduduk di kawasan rendah untuk menggunakan alat perlindungan banjir untuk melindungi kehidupan dan hartanah," kata Cik Fu.



Semalam, hujan lebat sekali lagi melanda beberapa kawasan di Singapura, sehari selepas banjir kilat dilaporkan di Hougang Avenue 8 dan Punggol.



Hingga 3 petang semalam, tiada laporan tentang banjir kilat yang berlaku.



Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), sebuah unit di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), telah mengeluarkan amaran hujan lebat pagi semalam di seluruh pulau.



Ini termasuk hujan sederhana hingga lebat turun di tengah dan barat Singapura serta hujan lebat di bahagian timur.



Pada 8.20 pagi, PUB berkata paras air di Commonwealth Lane dan Commonwealth Drive hampir mencapai kapasiti penuh berikutan hujan lebat pagi itu. Menjelang 8.35 pagi, paras air telah reda ke paras 90 peratus kapasiti.



Di kawasan perindustrian Tanjong Penjuru pula, alat sensor menunjukkan bahawa longkang di sana telah mencapai paras sekitar sekurang-kurangnya 90 peratus kapasiti, tetapi kemudian reda.



Orang ramai tetap dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir. Hujan beserta guruh dijangka berterusan sepanjang minggu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >