Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Grace Fu: Penting kerjasama demi tangani cabaran perubahan iklim

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Grace Fu: Penting kerjasama demi tangani cabaran perubahan iklim

Usaha dorong inisiatif kemampanan perlu usaha seluruh negara
Jan 26, 2022 | 05:30 AM

KERJASAMA dan perkongsian adalah penting dalam menangani cabaran rumit bagi perubahan iklim, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Ini lebih-lebih bagi ekonomi kecil yang terbuka seperti Singapura, kata beliau semasa bercakap dalam Forum Singapura Simposium St. Gallen di Universiti Nasional Singapura semalam.

Cik Fu juga mengumumkan bahawa lebih 25,000 pihak berkepentingan telah dilibatkan di bawah Pelan Hijau sehingga Disember lalu.

Ini menerusi inisiatif seperti Perbincangan Pelan Hijau dan gerakan OneMillionTrees.

Menurut Cik Fu, sebagai sebuah negara yang mempunyai tanah dan tenaga kerja terbatas serta pilihan tenaga alternatif terhad, Singapura khususnya terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Maka itu, usaha mendorong inisiatif kemampanan memerlukan usaha seluruh negara.

Untuk mencapai keseimbangan dalam objektif ekonomi dengan perlindungan sekitaran dan sosial, Cik Fu berkata, Singapura melancarkan Pelan Hijau Singapura 2030, gerakan kemampanan nasional yang menetapkan sasaran dan tindakan nyata bagi mencapai matlamat sifar.

Berkongsi lebih lanjut, beliau berkata usaha-usaha di bawah pelan itu berteraskan dua tunggak iaitu teknologi baru dan inovasi serta kerjasama erat dengan rakan dan pihak bekepentingan.

Satu contoh kerjasmaa ialah Tuas Nexus - kemudahan rawatan sisa dan air bersepadu yang pertama di dunia - hasil gandingan baru di antara Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dan agensi air nasional, PUB.

Tambah Cik Fu, selain kerjasama setempat, negara ini juga menyokong dan memangkinkan kerjasama di antarabangsa.

"Kerjasama membawa hasil positif untuk sekitaran.

"Sebagai sebuah ekonomi kecil yang terbuka, Singapura bergantung kepada kerjasama antarabangsa untuk mencapai kemajuan dalam aspirasi sifar bersih kita.

"Pasaran karbon yang berwibawa serta grid tenaga serantau, adalah antara contoh yang disebutkan.

"Sebagaimana perubahan iklim adalah cabaran yang merentasi sempadan, sama juga dengan huraian iklim," ujar beliau.

Pada masa sama, Cik Fu menekankan bahawa perniagaan memainkan peranan penting dalam usaha kemampanan Singapura.

Justeru negara ini akan terus menyokong syarikat tempatan menjadi yang terbaik dari sudut seperti kecekapan tenaga dan karbon.

Ini seperti Program Kerjasama Nasional Kecekapan Tenaga (EENP) oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), NEA dan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bagi memupuk rangkaian pembelajaran untuk syarikat.

Dalam pada itu, Cik Fu menjelaskan bahawa kementerian-kementerian di bawah Pelan Hijau telah melibatkan lebih 25,000 pihak berkepentingan sehingga Disember lalu.

Ini termasuk korporat, belia, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan masyarakat, menerusi inisiaitif seperti Perbincangan Pelan Hijau dan gerakan OneMillionTrees.

"Menerusi Pelan Hijau, kami akan terus meneroka kerjasama privet dan awam baru, bagi menggerakkan usaha seluruh negara terhada tindakan iklim," tambah beliau.


"Kerjasama membawa hasil positif untuk sekitaran.

Sebagai sebuah ekonomi kecil yang terbuka, Singapura bergantung kepada kerjasama antarabangsa untuk mencapai kemajuan dalam aspirasi sifar bersih kita.

...Sebagaimana perubahan iklim adalah cabaran yang merentasi sempadan, sama juga dengan huraian iklim."
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3