Graduan ITE berpeluang kecapi kelulusan lebihi Nitec jelang 2030
Ye Kung: Jumlah tempat bagi program Higher Nitec sepenuh masa, Diploma Kerja-Belajar akan ditambah
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
MENJELANG 2030, semua graduan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bakal berpeluang melanjutkan pelajaran dan mengecapi kelulusan melebihi Nitec dalam jangka masa kerjaya mereka.
Untuk menyediakan peluang tersebut, jumlah tempat yang diperuntukkan bagi program Higher Nitec sepenuh masa dan Diploma Kerja-Belajar SkillsFuture ITE akan ditambah.