Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Graduan SMU digalak semai sifat inovatif, wujud mutu kecemerlangan baru

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



GRADUAN Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mesti berani menolak sempadan dan mewujudkan mutu kecemerlangan baru.



Mereka harus mempunyai sifat inovatif dan transformatif, serta tidak berasa puas dengan hanya mengekalkan sistem sedia ada, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Beliau memberi ucapan prarakamnya itu sebagai tetamu terhormat pada pembukaan majlis konvokesyen SMU 2022 semalam.



Seramai 1,170 graduan, penerima anugerah dan keluarga serta sahabat-handai hadir pada acara tersebut yang diadakan secara fizikal di kampus universiti itu.



Dalam ucapannya, Encik Chan berkongsi dengan hadirin harapannya bagi alumni SMU.



Beliau berharap mereka akan sentiasa kekal terhubung dengan orang ramai, industri sempadan, perniagaan sempadan dan dunia.



Ini agar mereka "dapat memahami, berempati dengan kerisauan, kebimbangan dan keinginan orang di sekeliling" serta "dapat menghayati cabaran dan peluang hari ini dan esok", katanya.



"Harapan saya juga agar alumni SMU dapat membezakan diri sebagai... golongan yang mempunyai semangat muda yang tidak gentar mahu mencuba sesuatu... penuh dengan idealisme dan keberanian untuk menentang kemungkinan bagi Singapura dan warganya," ujarnya.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, SMU berkata seramai 3,268 graduan bakal menamatkan pengajian mereka tahun ini.



Daripada jumlah tersebut, 1,955 individu akan menerima ijazah sarjana muda, 1,222 akan menerima ijazah sarjan dan Doktor Juris, dan 51 akan menerima ijazah kedoktoran.



Dalam kalangan graduan ijazah sarjana muda, 77 daripada mereka menerima ijazah berganda.



Secara keseluruhan, mereka merupakan kumpulan graduan ke-19 dan terbesar SMU sejak universiti itu ditubuhkan pada 2000, kata SMU.



SMU turut menganugerahkan mantan presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, dengan Doktor Undang-undang (Honoris Causa) atas sumbangan besar beliau kepada Singapura dan universiti tersebut.



Dr Tan merupakan penaung kehormat SMU.




"Harapan saya juga agar alumni SMU dapat membezakan diri sebagai... golongan yang mempunyai semangat muda yang tidak gentar mahu mencuba sesuatu... penuh dengan idealisme dan keberanian untuk menentang kemungkinan bagi Singapura dan warganya."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >