Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grand Prix Singapura: Rekod 302,000 peminat hadir perlumbaan tahun ini

Oct 02, 2022 | 04:18 PM



PERLUMBAAN Grand Prix Singapura Singapore Airlines tahun ini telah mencatat rekod bilangan pengunjung tertinggi dengan 302,000 peminat menghadiri acara tiga hari itu, kata penganjur Singapore GP pada Ahad (3 Oktober). 



Angka itu mengatasi rekod sebelumnya iaitu 300,000 penonton dalam edisi pertama perlumbaan pada 2008. 



Dalam edisi lalu pada 2019, seramai 268,000 penonton datang ke litar Marina Bay. 



Perlumbaan malam Formula Satu (F1) itu dibatalkan pada 2020 dan 2021 gara-gara pandemik Covid-19.



Timbalan Pengarah Singapore GP, Encik Colin Syn berkata:



“Rasanya hebat dapat menyambut peminat kembali ke Litar Jalanan Marina Bay. Kepulangan Formula 1 sangat dinantikan, dengan tiket habis dijual dalam beberapa jam sejak ia mula dijual awal tahun ini. 



“Dari masa kami mengumumkan pembaharuan kontrak pada lewat Januari lalu, kami mempunyai beberapa bulan untuk mengadakan perancangan intensif bagi menyusun sebuah persembahan mega yang menandakan kepulangan kami secara besar-besaran. 



“Selain aksi perlumbaan, kami telah menyusun pelbagai sajian hiburan, pengalaman interaktif dan gastronomi dalam zon peminat, serta memperkenalkan granstan dan kemudahan hospitaliti baru.”



Sepanjang dua hari lalu, peminat dihiburkan oleh barisan artis antarabangsa seperti Marshmello, Westlife, Black Eyed Peas, Suede, dan TLC.



Malam ini, GP Singapura sampai kemuncaknya, dengan Charles Leclerc memulakan perlumbaan dari petak pertama, Sergio Perez di tempat kedua dan Lewis Hamilton menghuni kedudukan ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >