Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GRC Nee Soon, West Coast milik PAP

Sep 13, 2015 | 02:00 AM



DUA kawasan undi perwakilan kumpulan (GRC) Nee Soon dan West Coast berjaya dipertahankan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).


Ini diumumkan Pegawai Pilihan Raya, Encik Ng Wai Choong, sebentar tadi.


Pasukan PAP bagi GRC Nee Soon, yang dibarisi oleh Encik K Shanmugam, Encik Kwek Hian Chuan, Cik Lee Bee Wah, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Encik Louis Ng, meraih 82,197 undi atau 66.83 peratus undi keseluruhan.


Ini berbanding 40,796 undi atau 33.17 peratus undi yang diterima pasukan Parti Pekerja yang terdiri daripada Encik Foo Seck Guan, Encik Gurmit Singh s/o Sadhu Singh, Encik Koh Tiong Yee, Cik Cheryl Loh dan Encik Ron Tan.


Sementara itu, PAP turut mencatatkan kemenangan di GRC West Coast.


Pasukan yang terdiri daripada Cik Foo Mee Har, Encik Lim Hng Kiang, Encik S Iswaran dan Encik Patrick Tay meraih 71,091 undi atau 78.57 peratus undi keseluruhan.


Ini berbanding 19,392 undi atau 21.43 peratus undi keseluruhan yang diterima pasukan Parti Pembaharuan (RP) yang terdiri daripada Encik Kenneth Jeyaretnam, Cik Noraini Yunus, Encik Soh Guan Soon dan Encik Zhu Laicheng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >