Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GRC Sengkang yang baru dijangka dipertandingkan

Mar 16, 2020 | 09:31 AM



GRC Sengkang yang baru dijangka akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum, dengan Anggota Parlimen (AP)  Sengkang West, Dr Lam Pin Min, pada Ahad (15 Mac) berkata bahawa AP di kawasan sedia ada di bawah GRC itu sudah mula berjumpa.



Dr Lam, yang merupakan Menteri Kanan Negara Kesihatan merangkap Pengangkutan, memberitahu The Straits Times beliau telah bertemu dengan Encik Teo Ser Luck (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Encik Charles Chong (Punggol East) pada Jumaat lepas (13 Mac) selepas laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) dikeluarkan.



"Menurut sempadan pilihan raya, kawasan-kawasan ini berada di bawah jagaan kami, dan adalah wajar kami mula berjumpa untuk membuat rancangan yang diperlukan," katanya. "Ini adalah pertemuan awal untuk melaksanakan apa yang perlu dilakukan, seperti manifesto tempatan, manifesto GRC, siapa yang bertanggungjawab."



Parti Pekerja (WP) dijangka bertanding di Sengkang GRC, sedang aktivisnya dilaporkan telah mengunjungi kawasan itu secara tetap dan calonnya pernah bertanding di beberapa kawasan di bawah GRC itu di Sengkang West dan Punggol East sebelum ini.



Individu yang berkemungkinan menjadi calon PAP dan telah dilihat mendekati penduduk di Sengkang termasuk pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat Punggol East, Encik Raymond Lye dan pensyarah Politeknik Republik, Encik Wan Rizal Wan Zakariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >