Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GST berbilang kadar tidak cekap, sukar dilaksana: Heng Swee Keat

Feb 28, 2019 | 05:59 PM



CUKAI Barangan dan Perkhidmatan (GST) bertingkat yang mengenakan kadar lebih tinggi ke atas barangan mewah berbanding keperluan harian kurang cekap untuk membantu golongan berpendapatan rendah berbanding pendekatan Singapura kini, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen hari ini (28 Feb).



Cukai berbilang kadar sedemikian akan menjadi sukar untuk dilaksana dan kos menguatkuasakan rejim cukai sedemikian akan akhirnya disalur kepada pelanggan, kata Encik Heng, menolak seruan Anggota Parlimen (AP) dalam perbahasan Belanjawan 2019 dan dalam tahun-tahun sudah supaya melaksana rejim bertingkat berdasarkan perbelanjaan golongan lebih miskin.



Sebaliknya, pemerintah lebih cederung kadar GST rata sambil menyediakan imbangan berstruktur menerusi baucar GST, dengan lebih banyak imbangan ke arah membantu warga emas dan keluarga berpendapatan lebih rendah. 



Ini di samping program dan skim lain untuk membantu mereka yang kurang mampu, katanya.



Konsep cukai berbilang kadar, terbaru disarankan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), diketengahkan sebagai cara membantu membuat sistem GST lebih progresif.



Khidmat 'fine-dining' (jamuan mewah), kata Encik Saktiandi, boleh diberi GST 10 peratus manakala keperluan seperti beras boleh dicukai pada kadar 3 peratus.



Namun Encik Heng berkata adalah sukar menentukan apa yang layak dikatakan sebagai keperluan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >