Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

GST dinaikkan setelah semua pilihan lain dikaji

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA THE STRAITS TIMES BERSAMA MENTERI KEWANGAN

GST dinaikkan setelah semua pilihan lain dikaji

Feb 22, 2018 | 05:30 AM



KEPUTUSAN meningkatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah yang sukar tetapi merupakan pilihan paling wajar bagi membantu Singapura meningkatkan pendapatan buat masa sekarang, menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat.



Sejak setahun lalu, pemerintah telah meneliti semua alternatif.



"Kami melihat semua jenis cukai yang boleh diubah, termasuk langkah bukan cukai yang boleh dilaksanakan. Setiap darinya mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan apabila kita melihat secara keseluruhan, kami memutuskan buat masa sekarang, GST paling wajar,'' ujarnya.



Sebagai contoh, oleh kerana negara lain telah mengurangkan cukai korporat, kenaikan cukai korporat mempunyai kesan tidak dijangka termasuk kemungkinan perniagaan berpindah keluar dari Singapura.



Beliau bercakap kepada The Straits Times (ST) sehari selepas membentangkan Belanjawan menyeluruh Isnin lalu bagi menangani cabaran jangka panjang Singapura.



GST yang akan dinaikkan kepada 9 peratus dari 7 peratus akan dilaksanakan bila-bila masa dari tahun 2021 hingga 2025.



Ia merupakan berita sukar bagi rakyat Singapura, ujar Encik Heng, namun beliau berharap mereka dapat melihat gambaran lebih luas.



"Kita berada dalam keadaan fiskal yang tegar, bukan tahun ini atau tahun depan tetapi dalam jangka panjang,'' ujarnya.



Walaupun lebihan Belanjawan sebanyak $9.6 bilion dinikmati tahun lalu, ia berikutan faktor tidak dijangkakan seperti pasaran hartanah yang rancak yang menyumbang pendapatan cukai setem lebih tinggi dan ketidaktentuan pasaran kewangan yang memberikan pulangan pelaburan lebih tinggi kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Namun, faktor tidak dijangkakan itu boleh berubah sebaliknya.



Trend jangka panjang seperti penduduk yang menua bermakna perbelanjaan penjagaan kesihatan akan meningkat.



"Pendapatan tidak akan cukup,'' katanya.



Pendapatan daripada kenaikan GST tidak akan dapat menampung perbelanjaan kesihatan.



Perbelanjaan kesihatan dijangka meningkat kepada 3 peratus dari GDP setiap tahun tetapi kenaikan GST akan memberikan pendapatan sebanyak 0.7 dari GDP setiap tahun.



Beliau berkata bila GST itu akan dinaikkan bergantung kepada ekonomi dan pasaran kewangan.



Teknologi perubatan baru, yang boleh meningkatkan kos penjagaan kesihatan, akan juga memainkan peranan.



Ditanya jika faktor-faktor yang akan berlaku di masa hadapan boleh menyebabkan kenaikan GST itu tidak lagi perlu, beliau berkata: "Saya akan berasa gembira jika ia berlaku tetapi saya memberi amaran ia tidak mungkin berlaku kerana cukai-cukai yang ada sekarang perlu rancak dan pertumbuhannya amat tinggi bagi kita mempunyai pendapatan tambahan untuk menampung kenaikan perbelanjaan yang dijangkakan.''



Encik Heng menambah pemerintah amat berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan mereka dan jumlah wang yang dikumpulkan itu akan disalurkan bagi memenuhi perbelanjaan jangka panjang.



"Ia bukan seperti kita akan berbelanja sesuatu secara berlebihan esok hari. Jika ada orang yang merasakan ia merupakan perbelanjaan berlebihan yang tidak bertanggungjawab, saya berasa amat sedih,'' ujarnya, memberi respons kepada beberapa kritikan oleh sesetengah pihak.



Ditanya jika beliau menimbangkan menggunakan lebih banyak rizab dengan mengubah formula Pulangan Pelaburan Bersih (NIR), beliau berkata jumlahnya boleh diperbahaskan tetapi apa yang lebih penting ialah prinsip setiap generasi membayar perkongsiannya secara adil.



Ketika ini, pemerintah boleh membelanjakan sehingga 50 peratus dari NIR iaitu pulangan jangka panjang dari aset diuruskan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Temasek dan MAS, dan bakinya disimpan dalam rizab.



Pelaburan dalam prasarana, katanya, memerlukan wang pendahuluan yang besar tetapi manfaatnya akan datang beberapa tahun kemudian. Jadi, ia adalah wajar bagi generasi masa hadapan membayarnya.



Encik Heng tidak menolak kemungkinan memperkenalkan lebih banyak langkah bagi meningkatkan pendapatan di masa hadapan.



"Adakah terdapat langkah meningkatkan pendapatan yang boleh kita laksanakan di masa depan? Kita perlu melihat rancangan pertumbuhan perbelanjaan dalam tahun-tahun mendatang,'' tambahnya.




"Kami melihat semua jenis cukai yang boleh diubah, termasuk langkah bukan cukai yang boleh dilaksanakan. Setiap darinya mempunyai kelebihan dan kekurangan, dan apabila kita melihat secara keseluruhan, kami memutuskan buat masa sekarang, GST paling wajar,''
- Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >