Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

GST yang dibayar keluarga miskin diimbangi sepenuhnya oleh rebat

May 12, 2021 | 05:30 AM



REBAT daripada beberapa skim ofset cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mengimbangi sepenuhnya cukai yang perlu dibayar keluarga dalam kumpulan pendapatan 20 peratus terendah atau lebih rendah sejak dua tahun lalu.



Ia juga memberi keluarga itu bantuan melebihi GST, kata Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong. Beliau berkata sistem cukai dan bantuan progresif di sini memastikan keluarga berpendapatan lebih rendah menerima lebih banyak manfaat daripada cukai yang dibayar mereka, dan ini mengurangkan ketaksamaan.



Encik Wong berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Louis Chua (GRC Sengkang) di Parlimen semalam. Encik Chua ingin tahu sejauh mana ofset GST yang diperuntuk melalui beberapa skim baucar GST membantu keluarga termiskin di sini.



Encik Wong menunjukkan bahawa skim ofset tetap Baucar GST mengimbangi secara purata 84 peratus daripada GST yang dibayar setahun oleh setiap anggota keluarga dalam kumpulan pendapatan 20 peratus terendah antara 2018 hingga tahun lalu.



Dari 2019 hingga tahun lalu, keluarga sedemikian juga menerima bayaran khas GST, yang mengimbang 33 peratus GST tahunan yang dibayar oleh setiap anggota keluarga itu dalam setahun, kata Encik Wong.



"Dalam lain perkataan, dalam tahun luar biasa ini, keluarga dalam kumpulan berpendapatan 20 peratus paling bawah menerima lebih banyak (bantuan) daripada kededua baucar tetap GST dan baucar GST, berbanding jumlah GST yang perlu dibayar.



Encik Chua berkata pandemik Covid-19 telah memburukkan ketaksamaan dalam masyarakat dan bertanya bagaimana skim baucar GST tetap boleh membantu keluarga pendapatan pertengahan.



Beliau juga berkata pendapatan yang layak bagi skim Baucar GST tetap sekitar $2,300 sebulan, iaitu jauh lebih rendah daripada pendapatan bulanan median daripada bekerja, sekitar $4,500, dan ini boleh mengecualikan banyak keluarga sedemikian.



Memberi respons, Encik Wong berkata pemerintah menangani ketaksamaan menerusi pelbagai langkah sokongan sosial dan bukan setakat melalui skim Baucar GST.



Ia termasuk bantuan yang diberi menerusi skim bantuan pendapatan seperti Daya Kerja dan kredit pekerjaan kanan, katanya.



Encik Wong berkata pekali Gini selepas ditolak cukai dan bantuan kini lebih rendah.



"Ini bermakna langkah-langkah kami berkesan," ujar beliau.



Pekali Gini, yang mengukur ketaksamaan dari segi kemewahan dan pendapatan, berkurangan daripada 0.41 pada 2012 kepada 0.35 tahun lalu.



GST dijangka naik antara 7 peratus dengan 9 peratus antara tahun lalu dengan tahun ini dan $6 bilion telah diperuntuk melalui Pakej Jaminan bagi GST untuk mengurangkan kesannya terhadap warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >