Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

'Gudang' Raya kecil di utara

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



SEBAIK sahaja menjejakkan kaki ke dalam gudang berhawa dingin yang terletak di 31 Admiralty Rd, ia terasa seolah-olah suasana bazar Raya dihidupkan semula walaupun berskala amat kecil.



Jika bazar Ramadan yang terpahat di minda orang ramai lazimnya dibanjiri manusia, dan terdapat deretan demi deretan gerai untuk dikunjungi, 'bazar' ini amat terkawal, dengan hanya 16 gerai sahaja.



Selain kerlipan lampu 'fairy' menghiasi tempat itu, lagu Raya juga dimainkan sedang pengunjung membeli-belah hiasan rumah, barang dan pakaian Raya, kuih-muih mahupun juadah berbuka puasa.



Menurut penganjurnya, Encik Abdul Rani Mustafa, ia sebenarnya diusahakan sebagai jualan perabis gudang tetapi pada masa yang sama, beliau ingin menghidupkan suasana Ramadan.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), pengasas Adex International itu berkata beliau sebenarnya kerap mengendalikan bazar Ramadan pada tahun-tahun sebelum Covid-19 melanda.



Justeru dengan tiadanya bazar tahun lalu dan tahun ini, beliau memutuskan untuk mengadakan satu jualan gudang secara kecil-kecilan.



Sebesar 2,000 kaki persegi, Encik Rani berkata beliau memastikan ruang itu terdapat langkah pengurusan selamat ditetapkan, seperti pengambilan suhu badan dan pendaftaran SafeEntry.



"Kami hanya membenarkan 23 pelanggan, tidak termasuk penjual untuk berada dalam ruang itu setiap satu masa supaya dapat mengekalkan jarak selamat. Sebab itulah terdapat barisan beratur di luar," ujarnya.



Antara penjual di 'bazar' itu ialah Encik Hanapi Jaffar, 66 tahun. Pemilik Songkok Kamil yang sudah meniaga sejak 1970an itu berkata dengan adanya ruang fizikal ini, beliau dapat menjalankan perniagaan songkoknya dengan mudah memandangkan songkok ini suatu yang perlu dicuba secara fizikal sebelum seseorang itu membelinya.



Jika di bazar Geylang Encik Hanapi mempunyai ruang sebesar tiga gerai, ruangnya di gudang jauh lebih kecil iaitu dalam 8 kaki kali 8 kaki, lantas mengehadkan stok yang dapat disimpannya.



Bagaimanapun, beliau bersyukur sambutan daripada orang ramai baik dan beliau gembira dapat bersua muka dengan pelanggan lagi.



Pemilik Helang Gold Kitchen, Cik Rassina Atan, 40 tahun, yang pertama kali melibatkan diri dalam 'bazar' berkongsi bahawa sambutan daripada orang ramai memuaskan sehingga stok makanannya laris dijual sebelum waktu berbuka puasa.



Memandangkan peniaga makanan sepertinya tidak dibenarkan untuk memasak di ruang tertutup itu dan makanan tidak boleh disimpan lebih daripada empat jam dari waktu ia dimasak dan waktu ia dimakan mengikut undang-undang Agensi Makanan Singapura (SFA), Cik Rassina berkata beliau perlu menambah stok makanannya berulang kali dan menjual apa yang termampu sahaja.



Menyentuh tentang suasana di 'bazar' itu, beliau berkata:



"Walaupun terdapat sekatan seperti memakai pelitup dan mengekalkan jarak selamat, rasa gembira itu tetap ada...memang tidak ada khemah besar, tidak seperti dulu, tetapi ini dapat hilangkan rasa rindu kepada bazar yang langsung tidak dapat dilakukan tahun lalu."



Turut mengalu-alu kehadiran 'bazar' kecil seperti ini adalah Cik Mira Azunah Hassan, 24 tahun.



Penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) itu berkata ia selesa kerana berhawa dingin, tidak seperti bazar bawah blok atau bazar yang diadakan di luar.



Beliau yang menetap di Jurong dan telah singgah ke bazar itu bersama ibu bapa dan mak ciknya berkata:



"Saya gembira kerana tahun lepas tak dapat kunjungi mana-mana bazar memandangkan ia tempoh pemutus litar. Jadi ia menimbulkan nostalgia walaupun bazar seperti ini kecil-kecilan. Kita juga faham ia perlu mematuhi peraturan demi elak penularan Covid-19."



Menurut Encik Rani, bazar itu dibuka dari 12 tengah hari hingga 10 malam, tetapi beberapa penjual makanan hanya datang dari 2 petang.



Ia dibuka dari 9 April hingga malam Raya.



Antara gerai yang membuat jualan di 'bazar' tersebut termasuk Home of Sushi, Uncle Pancake dan T Bob's Corner.



Mereka yang ingin membeli-belah permaidani juga boleh mengunjungi kedai bersebelahan.



Melahirkan harapan, Encik Rani berkata:



"Kalau boleh, tahun depan kita diberi kebenaran untuk adakan bazar, walau tak besar macam dulu...kecil pun boleh. Walaupun terdapat penjualan yang boleh dilakukan dalam talian, ia tidak sama, kemeriahan tidak ada. Bazar adalah tempat di mana orang ramai boleh kunjung, lihat barang-barang, rasa suasananya dan jumpa orang-orang kampung".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >