Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna alat mobiliti tidak halang bantu agih bantuan, sebar nasihat dadah

May 05, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Shamsuri Jumadi sering dilihat di sekitar Yishun dengan alat bantuan mobiliti kerana menghidapi penyakit kronik yang berpunca daripada kencing manis hingga menjejas pergerakannya.



Namun Jumaat lalu, pekerja penghantaran Grabfood berusia 52 tahun itu dilihat berdiri tegap sebagai relawan untuk mengagihkan habuan kepada golongan yang memerlukan dan menyebarkan mesej antidadah.



Encik Shamsuri yang sudah beberapa tahun tidak bekerja dan juga penerima bantuan sosial, berkata beliau ingin membalas budi bantuan yang diterimanya dahulu.



Beliau antara 30 relawan, yang terdiri daripada kumpulan kejiranan sukarela Yishun 71 (Y71), Projek Pencil dan juga pekerja penghantaran makanan yang turun padang Jumaat lalu untuk mengagihkan 150 habuan Ramadan serta memupuk kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada penduduk sekitaran Yishun.



Acara itu merupakan sebahagian kempen Dadah itu Haram yang buat julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama antara Biro Narkotik Pusat (CNB) dan ahli akar umbi.



Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata, kerjasama itu adalah salah satu cara bagi pihak berkuasa melaksanakan usaha cegah penyalahgunaan dadah dengan lebih mendalam lagi.



"Y71 dengan jaringan dan sokongan mereka yang mantap akan menjadi rakan kongsi yang tidak ternilai dalam penglibatan komuniti kami untuk mendidik dan melibatkan komuniti Melayu/Ismal untuk menekankan bahaya penyalahgunaan dadah," katanya.



Dr Faishal berkata walaupun dalam keadaan Covid-19 sekarang ini, pihak berkuasa akan terus mencari jalan menghubungi rakan kongsi seperti kumpulan Y71 dan Projek Pencil untuk sama-sama berusaha membasmi dadah.



"Kita memerlukan sokongan dari masyarakat dan rakan komuniti seperti Yishun71 kerana mereka sangat rapat dengan penduduk. Mereka boleh menjadi barisan pertahanan pertama kita," tekannya lagi.



Encik Shamsuri berkata beliau tampilkan diri sebagai relawan kerana beliau sendiri pernah berada dalam keadaan sulit apabila penyakit kroniknya menjejas pergerakan sekali gus menyebabkannya terpaksa berhenti kerja.



Beliau kemudian menjadi penerima bantuan Y71, yang telah menyokongnya membesarkan seorang anak dengan pemberian bantuan kewangan dan bahan keperluan secara kerap.



"Kini saya sudah bekerja dalam Grab, pendek kata, tak kiralah pendapatan kami tak seberapa, tapi saya ingin membalas budi dan menyokong masyarakat kita sebagaimana mereka telah membantu saya dahulu," kata Encik Shamsuri dengan ringkas.



Selain penduduk yang telah berkunjung ke pusat pengagihan di Blok 714, Yishun Street 71 itu untuk mendapatkan habuan yang mengandungi bubur, makanan segar, bahan keperluan dan butiran mengenai mesej cegah dadah, terdapat beberapa penduduk yang didekati menerusi lawatan ke rumah atas sebab-sebab kesihatan.



Antara mereka ialah Cik Latipa Ribot, 64 tahun, dari Yishun Blok 710 yang menjaga seorang anak penerima bantuan khusus setelah diserang penyakit darah beku di bahagian otak kirinya lapan tahun lalu.



Ibu tunggal tiga anak itu berkata, habuan yang diterimanya itu amat dihargai namun keluarganya memerlukan lebih bantuan untuk mengurangkan beban yuran perubatan bagi anaknya berusia 40 tahun yang tidak lagi boleh bergerak dan memerlukan permakanan menerusi tiub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >