Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna kata kesat, laku kasar ke atas pegawai jarak selamat: 4 lelaki disiasat

Nov 02, 2021 | 06:16 PM



EMPAT lelaki, berusia antara 24 dan 61 tahun, sedang disiasat kerana didapati menggunakan kata kesat dan lalukan kekasaran terhadap pegawai penguatkuasa jarak selamat dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Salah satu daripada kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang telah menumbuk dua pegawai yang sedang menjalankan tugas penguatkuasaan di Pusat Makanan Redhill pada 23 Oktober lalu.



Lelaki tersebut, yang dikatakan sedang makan bersama tiga rakannya yang lain, didapati belum divaksin dan dilarang makan di luar.



Apabila disuruh meninggalkan pusat makanan itu, dia menumbuk salah seorang pegawai di muka dan seorang lagi di bahagian leher. 



Dia ditahan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan. Lelaki itu dan rakan-rakannya juga sedang disiasat kerana tidak mematuhi langkah-langkah penjarakan selamat.



Dalam kejadian berasingan pada 2 Oktober, seorang pegawai penguatkuasa jarak selamat di Pasar dan Pusat Makanan Sims Vista diugut oleh seorang lelaki berusia 61 tahun dengan botol bir selepas dia dinasihatkan untuk menarik pelitupnya agar menutup hidungnya.



Lelaki itu pada mulanya tidak mengendahkan arahan pegawai itu dengan hanya berjalan lalu pergi. Apabila diberi nasihat yang sama sekali lagi, dia bertindak marah dan memaki hamun pegawai berkenaan.



Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu kententeraman orang ramai.



Sementara itu, dalam kejadian pada 15 September, seorang pegawai memberitahu tiga lelaki di Pasar dan Pusat Makanan Teck Ghee di Bishan bahawa mereka tidak sepatutnya makan bersama dalam kumpulan tiga orang.



Sebagai tindak balas, seorang daripada lelaki itu melemparkan kata-kata kasar ke arah pegawai itu dan melemparkan semangkuk mi ke arahnya, menyebabkan pakaian pegawai itu berkenaan kotor.



Pegawai itu tidak cedera, kata polis dalam satu kenyataannya semalam, sambil menambah menambah lelaki berusia 24 tahun itu ditahan tidak lama kemudian.



Kejadian yang terakhir berlaku di Pusat Makanan Golden Mile pada 1 Oktober.



Seorang pegawai telah dilontarkan dengan kata-kata kesat sewaktu mendapatkan butiran seorang lelaki setelah dia didapati bergaul dengan rakan-rakannya, yang sedang duduk di tiga meja berasingan.



Seorang daripada rakan lelaki berkenaan kemudian menggunakan kata kesat terhadap pegawai itu.



Lelaki berusia 30 tahun ini kini sedang membantu siasatan kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang penjawat awam.



Lelaki yang dinasihati oleh pegawai daripada bergerak dari meja ke meja juga sedang disiasat kerana tidak mematuhi langkah penjarakan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >