Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna kekerasan: Polis sangkal dakwaan

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



POLIS menafikan menggunakan kekerasan berlebihan ke atas seorang lelaki berusia 18 tahun setelah muncul video menunjukkan pegawai menahan dan menghimpitnya di Facebook.



Lelaki itu antara dua individu berusia 18 tahun yang ditangkap, bersama seorang lelaki 22 tahun lain, yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Clarke Quay pada kelmarin.



Menurut kenyataan polis semalam, ketiga-tiganya sedang bergaduh antara satu sama lain dan menimbulkan gangguan kepada masyarakat awam berdekatan.



Polis dimaklumkan tentang kejadian di 30, Merchant Road itu pada 9.40 malam kelmarin.



Semasa pergaduhan tersebut, lelaki 18 tahun yang disebutkan itu dipercayai telah menyondol lelaki berusia 22 tahun berkenaan.



Beliau dikatakan mengalami kecederaan di muka semasa pergaduhan itu, manakala dahinya berdarah.



Polis berkata video yang dipos dalam talian tidak mencerminkan kejadian sepenuhnya.



"Terdapat dakwaan bahawa pegawai menggunakan kekerasan berlebihan ke atas lelaki berusia 18 tahun itu, menyebabkannya berdarah dari kepala.



"Dakwaan ini tidak benar.



"Pegawai telah menilai situasi dan menggunakan kekerasan yang perlu ke atasnya, termasuk penggunaan baton semasa menangkapnya kerana lelaki itu bergelut dengan ganas untuk menahan diri daripada ditangkap."



Lelaki 18 tahun itu juga dibawa ke hospital.



Menurut laporan awal hospital, beliau mempunyai kulit melecet di dahinya.



Tidak ada kecederaan serius lain yang dilaporkan.



Menyangkal tuduhan bahawa para pegawai memukul lelaki itu di muka menggunakan baton, polis menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak berbukti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >