Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna pelitup dengan keupayaan penapisan lebih baik

Boleh guna dengan tapisan tambahan; elak pakai pelitup lebih selesa tapi kurang beri perlindungan demi cegah penularan
May 19, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai digesa memakai pelitup, guna semula mahupun pakai buang, dengan keupayaan penapisan yang baik.



Ini termasuk pelitup pembedahan dan pelitup guna semula yang diperbuat dengan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik, kata pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam sidang media maya semalam.



Ini menyusuli bukti terkini tentang sifat penularan pelbagai varian baru Covid-19, termasuk keupayaannya tular menerusi udara, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak itu.



"Khususnya, jika anda keluar ke ruang tertutup dengan orang ramai dalam jarak dekat, pastikan anda memakai pelitup yang mempunyai keupayaan penapisan lebih tinggi.



"Ia bukan sekadar memakai pelitup kain tetapi pakai satu yang mempunyai keupayaan penapisan tinggi, pelitup pembedahan atau yang mempunyai penapisan tambahan," katanya.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pelitup guna semula yang diagihkan Persatuan Rakyat (PA) dan Yayasan Temasek juga mempunyai kecekapan penapisan yang baik.



Menyentuh tentang penggunaan pelitup, pengarah khidmat perubatan di MOH, Profesor Madya Kenneth Mak menitikberatkan pentingnya memakai pelitup bermutu tinggi dan memakainya dengan betul kerana ia memberi perlindungan daripada penularan Covid-19, tidak kira jika ia tular menerusi titisan atau udara.



"Kami terus tidak menggalakkan penggunaan pelitup yang mempunyai saluran pernafasan. Ini pelitup yang mungkin lebih selesa dipakai. Ia mungkin lebih sesuai pada waktu di mana terdapat jerebu... tetapi ia tidak memadai dari perspektif kesihatan awam dan kawalan jangkitan dalam mencegah penularan jangkitan," tambahnya.



Untuk membantu orang ramai dalam memilih pelitup yang baik, MOH dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) akan mengeluarkan garis panduan.



Mengulas tentang bekalan pelitup, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong memberi jaminan bahawa Singapura kini mempunyai keupayaan mengeluarkan pelitup, dengan beberapa syarikat setempat menghasilkan pelitup pembedahan sendiri.



Di samping itu, beliau berkata mereka sedang melihat ke arah kemungkinan mempertingkat usaha mengimport pelitup muka.



"Kami juga telah membina simpanan stok pelitup yang memadai, jadi saya ingin memberi jaminan kepada warga Singapura supaya mereka tidak perlu panik dan bergegas untuk membeli pelitup tambahan untuk menyimpan stok bagi pelitup," ujar Encik Gan, yang juga pengerusi bersama MTF.



"Hanya beli apa yang anda perlu... bekalan akan terus diadakan dan kami akan memastikan terdapat bekalan cukup bagi kita semua," ujarnya.



Dalam pada itu, Encik Wong menggesa orang ramai supaya duduk di rumah dan hanya keluar untuk kegiatan penting sahaja.



"Saya rasa itu akan tentunya membantu memutuskan rantaian penularan kerana jika anda di rumah, anda tidak keluar, justeru tiada kemungkinan untuk virus tersebut tular," katanya.



Beliau menambah kesan langkah keselamatan pada masa ini yang lebih ketat untuk menyekat interaksi dan pergerakan hanya boleh dilihat dalam tempoh seminggu dua.



"Jadi ia bermakna kami akan terus menilai keadaan dengan amat teliti, terus berunding dengan pakar kesihatan awam dan kami akan terus melihat jika perlu memperketat lagi sebarang langkah," kata Encik Wong.




Khidmat vaksinasi di rumah bagi yang tidak boleh keluar atas sebab kesihatan



MEREKA yang tidak dapat keluar rumah untuk pergi ke pusat vaksinasi atas sebab kesihatan tetapi layak menerimanya boleh mendapatkan vaksinasi di rumah menerusi satu khidmat baru.



Jika layak, mereka yang menerima rawatan perubatan atau jagaan di rumah akan dihubungi oleh penyedia khidmat jagaan itu tentang pilihan mendapatkan vaksinasi di rumah.



Mereka yang tidak dapat keluar rumah kerana masalah kesihatan tetapi tidak mendapatkan khidmat jagaan di rumah juga boleh mendaftar bagi khidmat ini dengan menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) di talian 1800-333-9999.



Khidmat itu disediakan oleh MOH dengan kerjasama Lembaga Penggalak Kesihatan dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata khidmat itu hanya bagi individu yang tidak dapat keluar rumah untuk mendapatkan vaksinasi.



Mereka harus membuat janji temu untuk mendapatkan vaksinasi di pusat vaksinasi, poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >