Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: UCAPAN PENGGULUNGAN

Guna rizab: Pemerintah akan terus ambil pendekatan hati-hati

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus berpegang kepada pendekatan semasanya dalam menguruskan rizab kerana ia perlu mempertimbangkan keperluan generasi akan datang, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau memberi amaran terhadap "godaan untuk mengambil jalan mudah" dengan membelanjakan lebih banyak rizab negara, sambil menegaskan bahawa Singapura mesti memastikan ia mempunyai sumber untuk melindungi dirinya jika perlu.



Encik Wong semalam membidas saranan Parti Pekerja (WP) untuk menyesuaikan rangka kerja Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC), agar negara tidak perlu menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



WP mengusulkan agar NIRC dinaikkan kepada 60 peratus berbanding 50 peratus ketika ini.



Mengulas ketika menggulung perbahasan Belanjawan semalam, Encik Wong berkata WP dan PSP memberikan gambaran yang tidak tepat dan mengelirukan mengenai rizab negara.



"Mereka bertanggapan bahawa peraturan sekarang menyebabkan lebih banyak dana dalam rizab daripada yang diperlukan tetapi ia bukan kesnya. Rizab kita berkembang tetapi saiz ekonomi, cabaran dihadapi dan kerumitan keperluan berkembang lebih pantas,'' jelasnya.



Secara purata, NIRC menyediakan 3.5 peratus dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kepada Belanjawan tahunan sejak lima tahun lalu.



NIRC meliputi dua komponen iaitu hingga 50 peratus daripada aset bersih dilaburkan Temasek Holdings, Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan sehingga 50 peratus Pendapatan Pelaburan Bersih (NII) daripada rizab lampau.



Jika Singapura menggunakan lebih banyak daripada NIRC, ini bermakna generasi akan datang perlu membayar lebih banyak cukai di masa hadapan, kata Encik Wong.



Pada masa yang sama, beliau menegaskan adalah penting untuk mempertimbangkan keperluan generasi akan datang sedang dunia kini bergelut dengan masalah dan ketidaktentuan.



"Adakah kita benar-benar mahu meninggalkan generasi akan datang dengan sumber yang sedikit dalam dunia yang lebih tidak menentu?



"Jika kita hanya mempunyai kurang 20 peratus NIRC daripada tahap hari ini... GST kita perlu dinaikkan kepada 11 peratus dan bukan 9 peratus untuk mengatasi kekurangan dana," jelas beliau.



Encik Wong berkata risiko terhadap rizab Singapura kian condong ke arah bawah.



Beliau menambah Singapura telah mengeluarkan sekitar $37 bilion rizab sepanjang dua tahun lalu dan terus mengeluarkannya tahun ini bagi mengekalkan perbelanjaan kesihatan awam negara.



Beliau menambah pemerintah menjangkakan aliran NIRC akan terus bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi, namun "untuk mencapai perkara ini bukanlah sesuatu yang pasti".



"Kita tidak seharusnya pada tanda pertama keperluan, meminta perubahan pada peraturan dan mengambil jalan mudah dan mengelak daripada menaikkan cukai bagi memenuhi keperluan perbelanjaan berulang kita yang semakin meningkat. Ini bukanlah perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan," katanya.





"Adakah kita benar-benar mahu meninggalkan generasi akan datang dengan sumber yang lebih sedikit dalam dunia yang lebih tidak menentu?

Jika kita hanya mempunyai kurang 20 peratus NIRC daripada tahap hari ini... GST kita perlu dinaikkan kepada 11 peratus dan bukan 9 peratus untuk mengatasi kekurangan dana."

- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >