Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gunakan kelebihan, kemahiran satukan masyarakat: Chun Sing

May 03, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, menasihati lulusan Politeknik Temasek (TP) agar berusaha menggunakan kelebihan dan kemahiran untuk menyatukan daripada memisahkan masyarakat.



Menurutnya, pada majlis tamat pengajian lulusan Diploma Komunikasi dan Pengurusan Media serta Diploma Undang-Undang dan Pengurusan di Politeknik Temasek pada Selasa, konflik menguasai tajuk berita dan hantaran media sosial setiap hari.



Lantaran itu, mudah untuk seseorang menyebelahi satu pihak dan memperbesarkan perbezaan pendapat atau pandangan kumpulan berbeza.



"Bagaimanapun, saya menggalakkan anda menentang dorongan dalam diri dan sebaliknya mempertimbang bagaimana cerita dan kata-kata anda boleh menyatukan dan membawa masyarakat yang berbeza lebih rapat dengan satu sama lain," jelas Encik Chan.



Membolehkan penyatuan berlaku dalam kalangan masyarakat adalah antara tiga perkara yang Encik Chan harap dapat dimanfaatkan lulusan TP dengan kemahiran yang diperolehi.



Beliau memuji Encik Mohamed Fazlur Rahman, pelajar Diploma Undang-Undang dan Pengurusan yang juga penerima Anugerah Lee Kong Chian kerana membangun kumpulan berbilang disiplin dari Sekolah Perniagaan, Kejuruteraan, Informatik dan Teknologi Maklumat untuk menyertai Peraduan Inovasi Guaman dan Hackathon Teknologi, Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Mereka membangun chatbot - program perisian kecerdasan buatan untuk berinteraksi dan berbual dengan pengguna - interaktif berbilang peringkat untuk menjana lebih kesedaran dalam kalangan pekerja bergaji rendah mengenai piawaian pekerjaan.



Dua lagi perkara yang Encik Chan harap dapat dicapai lulusan adalah memperkasa golongan yang kurang bernasib baik dan menggalak usaha melaporkan fakta secara bertanggungjawab.



"Sebagai karyawan komunikasi, media dan undang-undang, anda mempunyai peluang unik bagi suara anda didengari.



"Dalam dunia yang dipenuhi dengan banyak suara dan tuntutan berbeza, lebih penting adalah suara golongan kurang bernasib baik didengari.



"Anda juga boleh menyuarakan suara hati yang lebih lemah," jelas Encik Chan.



Beliau memberi contoh pelajar TP, Cik Hana Chen, yang mengambil Diploma Komunikasi dan Pengurusan Media serta penerima Anugerah Asas Industri SPH 2023.



"Sebagai Timbalan Editor Urusan portal berita TP, Stories & Co., beliau membantu orang lain menyampaikan cerita mereka.



"Bersama dengan penerima pingat gangsa daripada diploma yang sama, Cik Mustika Amira Mohamed Isbahallah, mereka menulis rencana tentang kebolehcapaian dan keterangkuman di Singapura.



"Mereka membantu Joshua, individu cacat penglihatan untuk berkongsi perjalanan peribadinya dengan harapan memberi pencerahan kepada orang awam tentang cabaran yang dihadapi golongan kurang upaya di Singapura," kata Encik Chan.



Menurutnya, menerusi usaha bersuara, seseorang itu dapat meraih kesedaran mengenai cabaran yang dihadapi individu dengan pelbagai jalanan hidup.



Dalam pada itu, Encik Chan berpesan sedang kita berusaha menjadi suara buat semua, kemahiran yang dimiliki perlu dimanfaatkan untuk memastikan kisah yang dikongsi jujur dan tepat khususnya dalam sekitaran hari ini di mana orang ramai dibanjiri maklumat.



Encik Chan turut memuji Encik Syabil Rizqin Samad daripada Diploma Komunikasi dan Pengurusan Media yang juga penerima Anugerah Penguasaan Kemahiran TP-Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) serta penerima Pingat Perak.



Selaku editor urusan portal Stories & Co., beliau setia mencapai mutu kewartawanan tertinggi dan memastikan fakta yang dilaporkan tepat.




"...Saya menggalakkan anda menentang dorongan dalam diri dan sebaliknya mempertimbang bagaimana cerita dan kata-kata anda boleh menyatukan dan membawa masyarakat yang berbeza lebih rapat dengan satu sama lain.

Dalam dunia yang dipenuhi dengan banyak suara dan tuntutan berbeza, lebih penting adalah suara golongan kurang bernasib baik didengari.

Anda juga boleh menyuarakan suara hati yang lebih lemah."

- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya pada majlis tamat pengajian lulusan Diploma Komunikasi dan Pengurusan Media serta Diploma Undang-Undang dan Pengurusan di Politeknik Temasek pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >