SELAMA empat tahun Chin Ming Lik menggunakan kelayakan palsu untuk mendapatkan pekerjaan kejuruteraan sivil di 38 syarikat.
Chin, 49 tahun, bekerja di setiap syarikat tersebut bagi tempoh yang singkat antara 2013 dengan 2017 bagi mengelak daripada kecurigaan.
Antara dokumen palsu yang digunakan ialah ijazah sarjana Universiti Nasional Singapura (NUS), sijil daripada Kementerian Tenaga Manusia, Politeknik Singapura dan sijil GCE peringkat A, menurut laporan The Straits Times.
Tadi (Selasa, 5 Mac), Chin yang hanya mempunyai Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah sebagai kelayakan akademik paling tinggi dijatuhi hukuman penjara dua tahun 11 bulan dan denda $1,600 atas kesalahannya itu.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Gunakan sijil palsu bagi dapatkan pekerjaan, penipu dipenjara dan didenda
Mar 05, 2019 | 06:52 PM