Teknologi yang mendakap wawasan Inisiatif Negara Bijak telah diketengahkan dalam Festival One-North, kedua kali dianjurkan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan JTC baru-baru ini. Antaranya ialah alat simulasi pengangkutan yang dibangunkan dua saintis dan jurutera kajian muda Melayu. Laporan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg).
DENGAN bilangan penduduk Singapura diramal meningkat dan mencapai 5.9 juta pada masa depan, bagaimanakah rangkaian pengangkutan setempat dapat merangsang keupayaannya?