Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guntingan pantas lagi unik anak S'pura diiktiraf di Russia

Yanto Sani antara pemenang tempat pertama dalam pertandingan gunting rambut di Moscow
Oct 07, 2017 | 05:30 AM



TUJUANNYA menyertai konvensyen menggunting rambut lelaki - Barber Connect Russia - di Moscow, Russia, September lalu sekadar membantu temannya, seorang pembekal alat menghias diri dari Indonesia yang mengambil bahagian tetapi tidak mempunyai tukang gunting rambut.



Kebetulan terdapat pertandingan menggunting rambut di sana, Encik Aryan Sieswanto Kamsani, penggunting rambut lelaki popular Singapura yang lebih dikenali sebagai Encik Yanto Sani, tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan itu.



Tanpa disangka, beliau mengharumkan negara apabila muncul sebagai pemenang kategori 'Fast Fade' - menggunting rambut dengan rapi dan unik dalam masa terpantas.



Bapa dua anak lelaki berusia tiga tahun dan lima tahun ini berjaya menumpaskan penggunting rambut lelaki lain dari negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Russia.



Encik Yanto, 35 tahun, berkata kemenangan itu memberikannya satu suntikan baru untuk terus mengembangkan lagi bakat, minat dan kerjayanya dalam bidang ini.



Pemilik kedai gunting rambut The Golden Rule Barber Co itu berkata: "Memang satu penghormatan dikelilingi idola kami dalam bidang ini, lebih-lebih lagi mereka pernah menggunting rambut selebriti terkenal dunia seperti penyanyi Justin Bieber dan Puff Daddy.



"Oleh itu, hakikat penggunting rambut terkemuka mengadili pertandingan ini dan memilih saya selaku pemenang memang merupakan satu pengalaman manis yang sukar dilupakan."



Sebagai pemenang, beliau membawa pulang trofi dan hadiah berupa pelbagai barangan dandanan bernilai $1,000.



Encik Yanto, yang baru membuka kedai gunting rambut keempatnya di Dunlop Street bulan ini, menambah bahawa hasil kemenangan dan pelibatannya dalam konvensyen berprestij itu, beliau telah mula mendapat pengikut baru di akaun Instagramnya - iantosani - daripada pelbagai negara Eropah yang mula mengiktiraf bakatnya.



"Ia bak satu rangsangan bagi setiap tukang gunting rambut di Asia.



"Saya menerima maklum balas daripada penggunting rambut lelaki dari Malaysia dan Indonesia yang meraih inspirasi daripada kemenangan ini kerana tidak menyangka tukang gunting rambut dari negara kecil ini mampu meraih kemenangan," ujarnya.



Encik Yanto, yang mempunyai kelulusan Higher Nitec dalam Dandanan Rambut dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), juga berharap pasaran menggunting rambut di Singapura terus berkembang dan menjadi antara pilihan bagi lepasan sekolah.



"Dulu mungkin ada yang berpendapat pasaran menggunting rambut ini hanya bagi golongan 'pak cik, pak cik' sahaja. Tetapi kini ia telah mula berkembang dengan pelabur ingin melibatkan diri dalam industri ini.



"Potongan rambut yang mengikut trend serta penggunting seperti saya, yang tidak perlu mengenakan pakaian korporat untuk ke kerja setiap hari, mungkin menjadi antara tarikan untuk menceburi bidang menyeronokkan ini, " katanya.




"Dulu mungkin ada yang berpendapat pasaran menggunting rambut ini hanya bagi golongan 'pak cik, pak cik' sahaja. Tetapi kini ia telah mula berkembang dengan pelabur ingin melibatkan diri dalam industri ini.
- Encik Yanto Sani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >