Gupte ketua baru Asean, pegawai negara Citi
Apr 30, 2016 | 05:30 AM
KUMPULAN Perbankan Citi semalam menamakan Encik Amol Gupte sebagai ketua baru bagi Asean dan Pegawai Negara Citi (CCO) bagi Singapura, bergantung pada kelulusan syarat-syarat.
Beliau menggantikan Encik Michael Zink, yang mengumumkan persaraannya pada Februari lalu selepas berkhidmat selama 28 tahun dalam korporasi perkhidmatan kewangan.