Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gurmit Singh diharamkan memandu 3 bulan, didenda $800 kerana pandu laju

Jun 08, 2021 | 04:37 PM



PELAKON sitkom Phua Chu Kang, Gurmit Singh, ditangkap kerana memandu laju kereta pada 131 kilometer sejam bersama anak lelakinya dalam kereta tersebut di jalanan dengan had kelajuan 70 kilometer sejam.



Akhbar The Straits Times melaporkan, pada Selasa (8 Jun), selebriti berusia 56 tahun itu didenda $800 dan diharamkan daripada memandu selama tiga bulan.



Singh, yang nama sebenarnya, Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Trafik Jalan Raya.



Sebelum ini, dia tidak pernah berdepan dengan sebarang kesalahan jalan raya.



Mahkamah diberitahu sekitar 9.30 pagi pada 12 April, Singh telah memecut laju keretanya ketika berada di Woodlands Avenue 12 menuju ke Ekspreswe Seletar.



Kereta yang dipandu dipercayai adalah jenis kereta mewah Audi A8 L yang baru sahaja dikeluarkan di pasaran.



Singh memberitahu mahkamah, dia mengesan bunyi kepakan pada kereta itu dan mahu anaknya mendengar bunyi itu.



Dia juga dikatakan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai pada kelajuan 131 kilometer sejam dan mendakwa ia hanya peristiwa yang berlaku kali ini sahaja.



Singh ditegur Hakim Daerah Salina Ishak yang memberitahunya dia membahayakan nyawa anaknya itu. Menjawab teguran Cik Salina, Singh berkata dia menyesali tindakannya.



Bagi kesalahan memandu laju, Singh boleh dipenjara hingga tiga bulan atau denda hingga $1,000.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >