Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru agama dikenakan Arahan Sekatan (RO) di bawah ISA kerana terpengaruh ideologi radikal suami warga M’sia

Suami ditangkap, dihantar balik ke M’sia selang sebulan
Feb 09, 2021 | 12:00 PM



SEORANG guru agama warga Singapura telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terpengaruh dengan ideologi radikal dan ingin membawa dua anaknya ke Syria untuk menyertai perjuangan kumpulan militan ISIS. 



Ruqayyah Ramli, 34 tahun dikenakan RO pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan beliau menjadi radikal kerana dipengaruhi suaminya.



Suaminya Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang warga Malaysia berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sini,  ditangkap pada Julai 2020 di bawah ISA kerana ingin menyertai perjuangan kumpulan militan ISIS di Syria dan kini telah diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia. 



Ruqayah mula terpengaruh dengan ideologi Firdaus selepas mereka berkahwin pada Disember 2018.



Meskipun pada mulanya ragu-ragu, Ruqayah mula percaya bahawa cara Isis yang menggunakan keganasan semasa menentang pihak yang disifatkannya sebagai penindas Islam adalah benar. 



Dia sanggup pergi ke zon konflik bersama suami dan dua anaknya supaya dapat terus menjaga keluarga dan membantu pejuang Isis yang cedera.



Namun, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata tiada bukti dia cuba menyebar pandangan Isis kepada orang lain dan pentauliahan mengajar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah yang diperolehinya pada September 2017 telah digantung. 



Siasatan ISD juga tidak menunjukkan sebarang bukti Firdaus mengatur sebarang rancangan untuk melakukan sebarang keganasan di Singapura, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya pada 9 Februari.



Menurut ISD, ia telah bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (MSB) untuk melakukan siasatan.



“Pas Kerjanya dibatalkan dan dia dihantar balik ke Malaysia dan diserahkan kepada MSB pada Ogos 2020, selepas siasatan ISD lengkap,” kata ISD.



Menurut ISD, Firdaus percaya jihad bersenjata wajib bagi semua lelaki Muslim dan berhasrat ke Syria untuk bersama Ruqayyah untuk berjuang bersama Isis.  Dia ingin ‘mati syahid’ untuk mendapat ganjaran di akhirat dan rela melakukan serangan ke atas negara-negara yang dianggapnya menindas Muslim, atau yang dianggapnya bersubahat dengan negara-negara Barat. 



Firdaus menjadi radikal sejak 2016, apabila dia memba bahan propaganda Isis di dalam talian  dan terus menyokong kumpulan tersebut walapun selepas pemerintahan khalifah Isis di Syria dan Iraq runtuh, kata ISD.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >