Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGKAPAN DI BAWAH ISA

Guru agama tidak lagi mengajar kini hadiri kaunseling

Pentauliahan ARS ustazah turut digantung selepas jadi radikal dek pengaruh suami
Feb 10, 2021 | 05:30 AM



GURU agama yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) kerana menjadi radikal tidak dibenar mengadakan kelas agama dan sedang menjalani kaunseling untuk membantunya.



Pentauliahannya untuk mengajar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), yang diperolehi pada September 2017, juga telah digantung, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



Ruqayyah Ramli, 34 tahun dikenakan RO dua tahun pada Ogos 2020 selepas dia didapati menjadi radikal kerana pengaruh suaminya.



Dia mengajar agama secara sambilan.



Menurut ISD, siasatannya tidak menunjukkan sebarang bukti atau tanda-tanda Ruqayyah cuba menyebar pandangan yang menyokong ISIS kepada orang lain.



Suaminya Mohd Firdaus Kamal Intdzam, 33 tahun, seorang warga Malaysia, bekerja di sini sebagai pekerja pembersihan dan telah ditangkap sebulan sebelum itu.



Firdaus, yang menjadi radikal selepas mengikuti propaganda kumpulan militan ISIS di dalam talian, telah dihantar balik ke Malaysia selang sebulan ditangkap, kata ISD, yang menambah siasatannya terhadap Firdaus telah lengkap.



Dalam kenyataannya semalam, ISD berkata Firdaus mula mempengaruhi Ruqayyah dengan pandangan yang menyokong ISIS selepas pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2018.



Pada mulanya, Ruqayyah dalam keraguan, tetapi lama kelamaan, dia mula percaya cara ISIS yang menggunakan keganasan untuk menentang pihak yang dianggapnya menindas Islam - termasuk yang bukan Muslim dan kaum Syiah - adalah cara yang benar.



Ruqayyah juga menyokong hasrat Firdaus untuk menyertai ISIS dan menyertai pertempuran bersenjata di Syria, kata ISD.



"Dia sanggup menemaninya (Firdaus) ke Syria dan berhasrat membawa kededua anaknya bersama. Dia percaya boleh berperanan menjaga keluarga di sana dengan memasak dan melakukan kerja rumah dan untuk membantu militan ISIS yang cedera," kata ISD dalam kenyataannya.



Menurut ISD, seseorang yang dikenakan RO harus mematuhi beberapa syarat dan sekatan. Sebagai contoh, individu tersebut tidak dibenarkan bertukar alamat tempat tinggal atau tempat kerja, atau keluar dari Singapura tanpa kebenaran awal dari pengarah ISD.



Individu itu juga tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan awam, mengadakan pertemuan awam, atau mencetak, mengedar atau memberi sumbangan kepada sebaran penerbitan. Dia juga tidak dibenar menyandang jawatan atau menjadi ahli sebarang pertubuhan, persatuan atau kumpulan tanpa kebenaran pengarah ISD.



Kenyataan itu tidak memberi butiran lain mengenai anak-anak Ruqayyah.



Dalam pada itu, ISD berkata siasatannya tidak menunjukkan Firdaus mempunyai sebarang rancangan khusus untuk melakukan serangan atau bertindak ganas di Singapura.



Menurut ISD, ia telah bekerjasama rapat dengan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (MSB) untuk melakukan siasatan.



"Pas Kerjanya dibatalkan dan dia dihantar balik ke Malaysia dan diserahkan kepada MSB pada Ogos 2020, selepas siasatan ISD lengkap," kata ISD.



Firdaus mula menjadi radikal pada 2016, selepas dia menggunakan Internet untuk memperdalam pengetahuan agama dan mengikuti propaganda ISIS.



Selang dua tahun, Firdaus mula yakin ISIS memperjuangkan Islam dan bertindak benar untuk menggunakan keganasan dan menubuhkan pemerintahan kalifah.



Dia juga menganggap Abu Bakr Al-Baghdadi yang kini telah meninggal dunia, sebagai pemimpin Islam sebenar, kata ISD.



"Meskipun pemerintahan kalifah ISIS di Syria dan Iraq telah runtuh, Firdaus tetap kekal sebagai penyokong setia ISIS. Dia giat menerbitkan bahan yang menyokong ISIS dan jihad bersenjata menerusi akaun media sosial.



"Malah, dia membuat sendiri bendera ISIS pada Mac 2020, yang digantung di rumahnya untuk menunjukkan kesetiaannya pada kumpulan tersebut," kata ISD lagi.



Firdaus juga percaya jihad bersenjata wajib bagi semua lelaki Muslim dan menanam hasrat untuk pergi ke Syria bersama Ruqayyah untuk berjuang bersama ISIS.



Dia juga ingin mati syahid di medan pertempuran untuk menerima ganjaran di akhirat dan rela menyerang negara-negara yang dianggapnya menindas Muslim, atau yang dianggapnya bersikap hipokrit kerana bersekongkol dengan negara-negara Barat, kata ISD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >