Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERMINTAAN BAGI GURU PRASEKOLAH

Guru cuci tandas apabila kurang kakitangan

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



ANTARA masalah besar yang dihadapi seorang guru prasekolah, Cik Erma Othman, ialah beliau terpaksa memainkan pelbagai peranan di prasekolahnya apabila kurang tenaga kerja.



Selain mendidik muridnya sendiri, beliau harus mengajar kelas tambahan, menyediakan makanan atau mencuci tandas. Setelah lebih 12 tahun dalam industri itu, itu bukan perkara luar biasa baginya, kata Cik Erma.



"Daripada pengalaman peribadi saya, kadangkala kita tidak ada pilihan kerana tidak cukup kakitangan. Tidak kiralah baik guru, pekerja pembersihan atau mak cik yang menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Jika salah seorang tidak sihat atau mengambil cuti mendadak, kami kita harus melakukan kerja itu," kata Cik Erma, 33 tahun yang bekerja di sebuah prasekolah privet.



Menurutnya, tugas tambahan itu amat meletihkan secara fizikal dan emosi oleh itu beliau rasa bersalah jika perlu mengambil cuti sakit atau cuti tahunan.



"Memang saya boleh ambil cuti itu, tetapi apabila saya fikirkan tentang kakitangan lain yang harus mengambil alih kerja saya, rasa bersalah pula," ujar ibu empat anak itu, sambil menambah beliau pernah dipanggil kerja pada hari cutinya.



Namun, sebagai seorang ibu beliau faham kakitangan lain juga ada anak dan kadangkala perlu menjaga anak mereka yang kurang sihat atau meluangkan lebih masa bersama mereka. Dengan saling membantu, mereka dapat terus bekerja di prasekolah itu dengan lancar.



Cik Erma juga berkata ada beberapa faktor membuat beliau kekal dalam industri itu, antaranya ialah faedah pendidikan prasekolah percuma yang diberi bagi anak-anaknya.



"Yuran prasekolah kini amat tinggi. Dengan empat anak kecil, faedah kakitangan ini dapat mengurangkan beban kewangan saya. Selain itu, saya dapat memantau keadaan anak-anak saya dari lebih dekat kerana saya dapat melihat mereka di sekolah dan tahu apa yang mereka belajar," katanya yang anaknya berusia antara tiga bulan dan enam tahun.



Untuk terus menarik guru menyertai sektor itu, Cik Erma mencadangkan jumlah pelajar bagi seorang guru dikurangkan daripada lapan kepada enam.



"Mengurangkan dua pelajar mungkin kelihatan sedikit. Tetapi bagi saya ia besar kerana saya boleh menangani kelas saya dengan lebih baik dan kanak-kanak juga boleh menerima pendidikan bermutu lebih tinggi apabila saya dapat memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak," katanya.



Tentang masa depan, Cik Erma akan kekal dalam bidang ini selagi dapat mengimbangi masanya.



"Saya memang suka kanak-kanak. Apabila saya melihat mereka dapat belajar sesuatu yang baru atau menjadi mahir dalam sesuatu perkara, saya berasa satu kepuasan yang besar. Perjalanan saya hingga kini ada yang pahit, tetapi ada juga saat-saat manis yang saya akan terus hargai," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >