Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru dera budak hingga lebam, dipenjara 10 bulan

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



SEORANG guru jagaan kanak-kanak di prasekolah mendera budak lelaki berusia satu tahun sehingga belakangnya lebam teruk dan cuba menyembunyikan perbuatannya itu dengan mengatakan kanak-kanak tersebut mempunyai kulit sensitif.



Budak lelaki itu nangis tidak henti sepanjang penderaan 30 minit itu, namun tidak diendahkan gurunya.



Guru tersebut, warga Singapura berusia 55 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan semalam.



Dia tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti budak lelaki itu.



Dia sebelum ini mengaku bersalah mendera kanak-kanak itu di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda. Pertuduhan yang sama telah diambil kira ketika menjatuhkan hukuman.



Mahkamah diberitahu bahawa guru itu, yang tidak lagi berada di prasekolah itu, telah diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak berusia sehingga 18 bulan.



Tugasnya termasuk memberi mereka makan, menukar lampin mereka dan membimbing mereka dengan aktiviti permainan pendidikan.



Pada 24 Disember 2019, guru itu melakukan pelbagai penderaan terhadap budak tersebut, termasuk memukulnya di belakang sekurang-kurangnya 22 kali, menghempas mukanya ke kusyen, menampar pipinya dan menggoncang lengannya dengan kasar sebelum menghempasnya ke lantai.



Tidak lama selepas itu, dia menyedari terdapat tompok merah yang kemudian bertukar menjadi biru di belakang budak itu.



Untuk mengelak daripada dicurigai ibu kanak-kanak tersebut, guru itu menghantar mesej kepada beliau dan bertanya sama ada anaknya mempunyai kulit yang sangat sensitif.



Kesalahan itu terbongkar apabila ibu itu kemudian melihat rakaman televisyen litar tertutup kejadian tersebut dan melihat anaknya didera secara fizikal.



Beliau membuat laporan polis pada 31 Disember 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >