Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru di sekolah menengah pendorong jadi pendidik

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN peperiksaan GCE Peringkat 'A'-nya tidak cukup baik bagi membolehkannya melangkah ke universiti.



Namun, siapa sangka peluang menjadi guru pengganti yang timbul ketika itu ternyata merupakan langkah pertamanya ke arah kerjaya sebagai pendidik.



Menceritakan pengalaman pertamanya sebagai guru, Cik Siti Muliyanti Abdul Rahman memberitahu Berita Harian:



"Guru sekolah mengengah saya memberi saya peluang menjadi guru relief dan ambil alih tugas seorang cikgu yang berada di hospital pada masa itu.



"Saya dapat peluang mengajar matematik dan fizik kepada pelajar sekolah menengah."



Guru yang sama jugalah yang menasihatinya agar cuba mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Nasional (NIE).



"Saya ikut nasihat guru saya dan... berusaha keras semasa mendapatkan dilpoma dan akhirnya diberikan peluang menlanjutkan latihan perguruan sehingga berjaya meraih sarjana dalam bidang pendidikan," tambah Cik Muliyanti, 24 tahun, yang kini mengajar pendidikan jasmani dan matematik di Sekolah Rendah Maris Stella.



Beliau merupakan antara 932 guru yang meraikan tamat pengajian mereka di NIE semalam.



Majlis Tamat Pengajian Guru bagi kohort 2021 diadakan secara maya semalam dengan dihadiri Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, sebagai tetamu terhormat.



Cik Muliyanti yang berjaya meraih Sarjana Muda Sains (Pendidikan) turut menerima dua anugerah - Hadiah Buku Majlis Olimpik Nasional Singapura (Arahan[Pedagogi) dan Hadiah Buku Sukan Singapura (Sains Sukan).



Selain berkhidmat sebagai pendidik, beliau turut menyumbang kepada negara melalui sukan.



Pemain floorball nasional itu pernah mewakili Singapura dalam Kejohanan Floorball Universiti Dunia 2018 di Lodz, Poland, dan Kelayakan Kejohanan Floorball Dunia di Bangkok, Thailand, pada 2019.



Akur bukan mudah mengimbangi masa dan tenaga antara kedua-dua kerjayanya itu, Cik Muliyanti berkata:



"Sejak menjadi guru sepenuh masa, jadual saya amat padat. Saya juga diberikan lebih tanggungjawab seperti kelas tingkatan, projek jabatan, CCA (kegiatan ko-kurikular) dan lain-lain lagi.



"Pada mulanya, saya rasa terharu dapat mengawal banyak perkara sekali gus.



"Saya selalu keletihan kerana waktu yang lama di sekolah dan latihan nasional floorball pada waktu malam."



Namun, cabaran itu diatasinya dengan mengatur waktunya dengan teliti dan membuat rancangan mingguan bagi minggu berikutnya supaya beliau dapat menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan, katanya.



Ditanya guru manakah yang mempunyai tempat istimewa dalam hatinya, tidak hairanlah Cik Muliyanti memilih guru yang menjadi 'punca' beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan hari ini.



"Encik Wang Jian Yu. Beliaulah guru kimia saya semasa saya di menengah dua Sekolah Menengah Serangoon Garden.



"Beliaulah yang membuat saya sedar bahawa saya ingin menjadi guru.



"Beliaulah yang menasihati saya agar daftarkan diri ke program diploma di NIE dan beliau juga yang mendorong saya supaya bekerja keras dan dapatkan sijil sarjana pendidikan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >