Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru didapati salah gelapkan lebih $40,000 wang pelajar

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas ketua Jabatan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Woodgrove didapati bersalah semalam menggelapkan wang tunai $40,000 yang dibayar pelajar bahan pembelajaran.



Hakim Daerah Ng Cheng Thiam mendapati Maslinda Zainal, 46 tahun, bersalah atas dua tuduhan pecah amanah jenasyah sebagai penjawat awam selepas satu perbicaraan hampir dua tahun.



Maslinda didakwa menggelapkan wang tunai lebih $21,000 di sekolah di Woodlands Avenue 6 itu antara 1 Januari dan 31 Disember 2016.



Antara 1 Januari dan 7 April tahun lalu, dia dikatakan menggelapkkan wang tunai berjumlah hampir $20,000.



Maslinda, yang mempunyai gaji bulanan kasar $8,800, ditugaskan mengumpulkan wang yang diserahkan pelajar kepada guru Bahasa Inggeris mereka untuk bahan pembelajaran yang dikenali sebagai pakej Excel.



Pendakwa berkata Maslinda diamanahkan wang tunai berjumlah hampir $35,000 pada 2016 dan lebih $36,000 pada tahun berikutnya.



Namun, jumlah yang dikumpulkannya lebih daripada apa yang sebenarnya diperlukan untuk bahan pembelajaran itu.



Maslinda membayar Cik Cheng Bee Lian, yang mengendalikan kedai buku sekolah, kira-kira $13,000 pada 2016 dan $17,000 pada 2017, jumlah yang dinyatakan dalam invois.



Guru itu, yang telah digantung pekerjaannya, kemudian menggelapkan baki wang tersebut, mengambil lebih $21,000 pada 2016 dan hampir $20,000 pada 2017.



Dalam penghujahan mereka, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) David Koh dan Stephanie Chew mengatakan Maslinda "seorang pendidik banyak pengalaman".



Maslinda menyertai sekolah itu pada 2002, dan dilantik sebagai Ketua Jabatan empat tahun kemudian.



Kesalahannya terdedah apabila seorang ketua mata pelajaran di sekolah itu, Cik Jacqueline Chan, mendapati terdapat perbezaan besar antara jumlah yang dikumpulkan oleh jabatan Inggeris dan jumlah yang diberikan dalam invois kedai buku.



Pada Januari 2016, Cik Chan meminta Cik Cheng memberi salinan invois kepadanya. Mahkamah diberitahu bahawa pengusaha kedai buku itu menjawab bahawa Maslinda telah menyuruhnya jangan menyerahkannya kepada Cik Chan.



Tetapi Cik Cheng akhirnya memberikannya kepada ketua subjek itu. Pihak pendakwa mengatakan Cik Chan "sangat terkejut" apabila melihat jumlah sebenar.



Beliau kemudian memberitahu salah seorang naib pengetua sekolah dan perkara itu diserahkan kepada pengetua.



Selepas siasatan, pengetua sekolah tersebut, Encik Chee Chit Yeng, menghubungi polis pada 17 April 2017 dan Maslinda ditangkap pada hari itu.



Dalam pembelaannya, Maslinda, yang diwakili oleh peguam Singa Retnam dan Josephine Iezu Costan, mendakwa dia tidak menghitung atau menyimpan rekod jumlah yang dia terima daripada guru.



Dia juga mengatakan bahawa invois yang diserahkan kepada mahkamah tidak sepenuhnya menggambarkan jumlah yang dibayar kepada Cik Cheng, dan bahawa wang tambahan telah digunakan untuk kegunaan pelajar - untuk membeli alat tulis dan barang-barang lain.



Bagaimanapun dalam kenyataannya kepada polis, Maslinda mengatakan bahawa dia telah mengambil sekurang-kurangnya sebahagian wang untuk perbelanjaan peribadinya, seperti makanan.



"Saya tidak memberi wang itu kepada sesiapa pun. Saya tidak melaburkan wang itu atau membeli benda-benda mewah," katanya kepada penyiasat.



Semasa perbicaraan, DPP mengatakan bahawa penjelasan yang Maslinda berikan tidak konsisten tentang apa sebenarnya yang dibelinya dengan lebihan wang itu dan gagal "menambah bukti objektif untuk menyokong kisahnya".



Maslinda, yang diberi ikat jamin pada $30,000 semalam, akan dijatuhi hukuman pada 24 Februari. Bagi setiap tuduhan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >