Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru didenda $4,000, diharam memandu kerana sebabkan kematian pejalan kaki

May 12, 2016 | 02:12 PM



SEORANG guru sedang bertukar lorong dari tengah ke kanan apabila keretanya melanggar seorang pejalan kaki warga tua, menyebabkan kematiannya.



Pada Khamis (12 Mei), Siti Ainah Maduri, 25 tahun, didenda $4,000 dan dilarang memandu dua tahun selepas mengaku menyebabkan kematian Cik Chan Poh Quan, 83 tahun, melalui kecuaiannya.



Kemalangan itu berlaku di Bukit Batok East Avenue 6 pada kira-kira 3.40 petang 27 April tahun lepas. Mahkamah diberitahu bahawa Siti Ainah mahu membelok ke kanan di simpang Bukit Batok East Avenue 6 dan Bukit Batok Avenue 1.



Semasa bertukar lorong, dengan hampir dua pertiga keretanya berada dalam lorong untuk belok ke kanan, tiba-tiba dia ternampak Cik Chan menyeberang jalan di depannya.



Pada masa itu, Cik Chan berada kira-kira 10 meter dari keretanya. Kereta itu tidak sempat berhenti lalu melanggar Cik Chan, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Bercakap bagi pihak keluarga Cik Chan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lee Zu Zhao berkata keluarga mendiang menerima bahawa ia satu kemalangan dan telah memaafkan Siti Ainah. Mereka juga meminta mahkamah berlembut terhadapnya.



Peguam Siti Ainah, Encik Peter Ong, berkata anak guamnya berasa amat bersalah kerana menyebabkan kematian Cik Chan, dan mengalami trauma selepas kemalangan itu.



Beliau berkata Siti Ainah pemandu berhati-hati sejak 2012 dan mengekalkan rekod bersih. Dia berhenti memandu sejak kemalangan itu dan telah sekerap keretanya.



Hakim Daerah John Ng berkata Siti Ainah tidak memandu laju atau dalam keadaan mabuk.



Beliau juga berkata keluarga Cik Chan juga mengakui bahawa beliau menyeberang jalan dalam jarak 50 meter dari simpangan lampu isyarat yang sebenarnya meletakkan dirinya dalam risiko tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >