Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru dipenjara kerana curi $3,350 daripada dua pelajar

Nov 20, 2015 | 08:04 AM



SEORANG guru sekolah menyalah guna kedudukannya sebagai orang boleh dipercayai dengan mencuri $3,350 daripada dua pelajar untuk membayar balik hutangnya.


Sandridge Ong Wee Koe dijatuhi hukuman penjara enam minggu pada Khamis (19 Nov), selepas mengaku mencuri $2,050 daripada Wang Juan, 17 tahun, di Sekolah Methodist St Francis di Upper Bukit Timah Road, pada 16 Oktober tahun lepas.


Pertuduhan kedua, melibatkan $1,300 dicuri dari seorang lagi pelajar, diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa Ong, 37 tahun dan seorang guru kimia waktu itu, telah selesai kelas terakhirnya bagi hari itu dan masuk ke dalam sebuah bilik darjah.


Tidak ada sesiapa dalam bilik darjah itu dan lampuya telah dimatikan. Dia melihat beberapa beg, dan mengambil $2,050 dari dompet Wang Juan sebelum memasukkannya semula ke dalam beg tersebut.


Pelajar perempuan itu, yang telah mendapat semula wangnya, mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar yuran sekolah.


Ong, yang telah berkahwin, mencuri wang itu untuk mengurangkan masalah kewanganmya. Dia mempunyai hutang kad kredit $6,000 hingga $7,000 masa itu.


Dia juga mendapatkan pinjaman $3,000 daripada peminjam sah dan menggunakan $1,200 daripada wang yang dicurinya untuk membayar balik peminjam wang.


Dia menghabiskan selebihnya untuk pengangkutan dan perbelanjaan harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >